• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tertidur Ketika Kunyah Kinder Bueno, Wanita Mati Tercekik

oleh Ahmad Albab
30/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALANG memang tak berbau. Akibat terlelap ketika sedang mengunyah coklat, seorang wanita menemui ajalnya kerana tercekik snek tersebut.

Kejadian malang yang berlaku di United Kingdom itu menimpa seorang ibu muda, Candice Campbell, 25 ketika dia asyik menonton televisyen di sisi tunangnya.

Menurut laporan portal Mirror, sebelum kejadian wanita tersebut mengambil sejenis ubat tahan sakit kerana mengalami ketidakselesaan pada perut selepas melahirkan anak setahun lalu.

PAY-Candice-Campbell

Akibat kesan pengambilan ubat tersebut, Campbell yang sedang mengunyah coklat jenama Kinder Bueno tiba-tiba terlelap tanpa disedari.

Malangnya, kunyahan yang berada dalam mulut Campbell belum sempat ditelannya lantas ia menjadi punca wanita itu tercekik dan tidak dapat bernafas.

Tunangnya, Geoffrey Burns hanya menyedari situasi tersebut setelah Campbell terkulai di sebelahnya.

Berdasarkan sumber sahih, wanita itu sering mengalami kesakitan di bahagian perut selepas melahirkan anaknya, Harrison. Oleh itu, dia terpaksa mengambil beberapa jenis ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan itu.

Ujar Burns, dia yang turut terlelap ketika menonton TV, hanya menyedari keadaan Campbell kira-kira jam 5.30 pagi, beberapa jam selepas kedua-duanya tertidur.

“Candice sedang menjamah Kinder Bueno dan saya menasihatinya untuk tidak memakan coklat kerana ketika itu dia mungkin akan tertidur akibat ubat.

“Nmaun saya terlalu penat sehinggakan turut tertidur selepas itu,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

Laporan Kematian Campbell Akibat Tercekik Kinder Bueno

https://www.youtube.com/watch?v=Hk266aeew2w

Tags: coklatmeninggal duniaUnited Kingdom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bung Moktar Sudah Tiada

Bung Moktar Sudah Tiada

05/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd