• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanaman Pisang Di Balik Pulau Diserang Penyakit Layu

oleh Ahmad Albab
26/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Hampir separuh kawasan tanaman pisang di Balik Pulau terjejas teruk akibat penyakit moko atau layu yang menyebabkan hasil tanaman menjadi rosak.

Pengerusi Kelompok Pertanian Kampung Perlis, Saidi Md Noor berkata penyakit bermula akhir tahun lepas dengan menyerang 10 ladang melibatkan 200 petani.

“Keseluruhan kawasan adalah seluas 367 hektar dan 153 hektar atau separuh daripadanya dijangkiti penyakit,” katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Muhamad Farid Saad turut meninjau tanaman yang diserang penyakit di Kampung Perlis hari ini.

Saidi berkata tindakan segera untuk memusnahkan pokok pisang yang dijangkiti penyakit dan merawat kawasan yang terjejas perlu dilakukan segera bagi memastikan pisang keluaran dari Balik Pulau khususnya jenis pisang awak tidak terjejas.

Antara pisang yang diusahakan petani ialah pisang raja, abu dan rastali dengan pisang awak merupakan keluaran utama.

Saidi berkata penyakit moko berpunca daripada serangan bakteria Ralstonia Solanacearum.

Sementara itu Muhammad Farid berkata bantuan kewangan daripada kerajaan persekutuan dan negeri serta kepakaran Jabatan Pertanian diperlukan untuk membantu petani menangani penyakit tersebut.

Beliau berkata anggaran kos keseluruhan yang diperlukan untuk memusnah dan merawat kawasan yang terjejas ialah kira-kira RM4 juta iaitu RM10,000 bagi setiap hektar dengan proses memulihkan kawasan mengambil masa kira-kria tiga tahun.

Petani yang terjejas perlu memusnahkan semua pokok pisang mereka dan menanam dengan tanaman lain sementara menunggu kawasan ladang mereka dirawat, katanya. – BERNAMA

Tags: pisang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Tidak Bayar Hutang Dibaling Pisang

Wanita Tidak Bayar Hutang Dibaling Pisang

24/06/2023
0

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita membaling pisang ke arah wanita lain yang...

Meghan Kongsi Kata-Kata Semangat Di Atas Pisang

05/02/2019
0

MEGHAN Markle berkongsi kata-kata semangat ketika membuat lawatan di pusat kebajikan di Bristol. Meghan dan suaminya Putera Harry membuat lawatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd