• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambang Naik ‘Hold’ Dulu, Pemandu Teksi Dah ‘Adjust’ Meter

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemandu teksi dan penumpang menjadi keliru apabila timbulnya cadangan untuk menangguhkan kenaikan tambang pengangkutan awam darat.

Para pemandu teksi berpendapat perkara itu sepatutnya dikaji dengan teliti sebelum diumumkan, manakala orang ramai pula tidak pasti tentang kadar tambang yang perlu mereka patuhi.

Pada 19 Mac, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan tambang teksi antara 20 dan 67 peratus, tetapi semalam, kerajaan meminta SPAD menangguhkan pelaksanaan langkah itu.

Seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ong mempersoalkan rancangan untuk menangguhkan kenaikan tambang itu dengan berkata kebanyakan pemandu teksi telah melakukan penentukuran kadar pada meter mereka berikutan pengumuman SPAD sebelum ini.

“Kenapa pula kenaikan tambang perlu ditangguhkan? Lagipun, tambang teksi sepatutnya disemak semula selepas lima tahun. Kami semua telah melakukan penentukuran meter kami mengikut tambang baharu yang diumumkan SPAD dan kami tidak akan mengubah suai penentukuran kadar meter itu semula kerana kosnya adalah tinggi,” kata Ong, yang menjadi pemandu teksi sejak 17 tahun lepas, kepada Bernama.

Sementara itu, seorang pemandu teksi yang hanya ingin dikenali sebagai Wan, berkata dia perlu membayar RM150 untuk melakukan penentukuran kadar meter teksinya dan jumlah itu adalah besar bagi pemandu teksi sepertinya.

Wan, yang memandu teksi sejak 23 tahun lepas, berkata suara pemandu teksi perlu diambil kira kerana mereka juga perlu menjelaskan pelbagai bil dan mempunyai tanggungan yang perlu diberi makan.

Khairani Afifi, 23, yang kerap menggunakan perkhidmatan teksi pula berkata SPAD dan Kementerian Pengangkutan perlu menangani perkara ini dengan teliti bagi mengelak timbulnya kekeliruan dalam kalangan semua pihak.

Tambang yang disemak semula perlulah mencerminkan perkhidmatan yang lebih baik, kata penuntut universiti dari Shah Alam ini.

Sementara itu, presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) Dzulkarnain Taib menyambut baik cadangan penangguhan itu dengan berkata penyedia perkhidmatan pengangkutan awam perlu menambah baik perkhidmatan mereka sebelum menuntut kadar tambang disemak semula.

– BERNAMA

Tags: Teksi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teksi Boleh Bawa Penumpang Antara Singapura – Johor Bahru

01/05/2022
0

SINGAPURA : Mulai hari ini, penumpang yang menyeberangi Tambak Johor boleh mendapatkan khidmat sehingga 240 teksi yang dibenarkan untuk membawa...

Tiada Arahan Larang Teksi, e-Hailing Rentas Daerah, Negeri

21/01/2021
0

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak mengeluarkan arahan menghentikan operasi perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing untuk perjalanan rentas daerah dan negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd