• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah Jalani Istiadat Siram Tabal

oleh Ahmad Albab
23/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah hari ini menjalani Istiadat Siram Tabal di perkarangan Bukit Bintang, Istana Besar, di sini.

Baginda berdua berangkat ke istiadat itu pada 3.30 petang sebelum naik ke Panca Persada tempat bersiram diadakan.

Sultan Ibrahim yang memakai baju Melayu teluk belanga berwarna putih dan Raja Zarith Sofiah yang memakai baju kurung teluk belanga berwarna yang sama, bersemayam di peterana di Panca Persada setinggi sembilan tingkat.

Istiadat dimulakan dengan doa oleh Mufti Johor Datuk Tahrir Samsudin dan kemudiannya disusuli istiadat menepung tawar ke atas Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah oleh bonda Sultan Ibrahim, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah.

Enche’ Besar Hajah Khalsom diiringi kekanda dan adinda Sultan Ibrahim, Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar dan Tunku Besar Zabedah Sultan Iskandar.

Selesai Istiadat Tepung Tawar, Istiadat Siram Tabal terhadap Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah kemudian disempurnakan Tunku Kamariah dengan menyiram air yang diambil dari 10 sungai di 10 daerah di negeri ini menggunakan batil (gayung).

Ketika istiadat berlangsung, kelihatan 19 wanita yang memegang ceper (dulang) dan batil, sembilan wanita pemegang kain tabir dan empat kerabat diraja terdekat yang membantu menjalankan istiadat itu.

Istiadat itu selesai dengan bacaan doa oleh Tahrir.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah kemudian berangkat meninggalkan majlis istiadat pada kira-kira 4.00 petang.

Turut berangkat menyaksikan istiadat itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che’ Puan Khaleeda Bustamam, para anakanda dan kerabat diraja lain.

Turut hadir, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan isteri Datin Seri Rosni Omar, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kerajaan.

Istiadat Siram Tabal atau biasanya disebut istiadat raja bersiram dijalankan mengikut tradisi dan menjadi simbolik pembersihan diri serta jiwa sebelum Sultan memulakan tugas.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden akan berlangsung Isnin ini di Istana Besar, di sini. – BERNAMA

Tags: Sultan Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

GST – Senarai Barang Yang Dijanji Turun

Next Post

DAP Label Hadi Awang Pengkhianat Bersiri!

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

Next Post

DAP Label Hadi Awang Pengkhianat Bersiri!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd