Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Pakatan Harapan Tawan Putrajaya,...

PETALING JAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang mengetuai Pakatan Harapan (PH) dalam...

Pemuda PAS Minta Hentikan...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta orang ramai menghentikan sementara...

Anggota Trafik Cedera Dilanggar...

GEORGE TOWN - Seorang anggota polis trafik cedera dilanggar mat rempit yang cuba...

‘Penyamun’ Sambut Hari Lahir...

SUDAH namanya penjenayah, tidak mengira tempat dan waktu apabila adanya peluang, pasti digunakan...

Suami Isteri Mengaku Tak Bersalah Cuai Dan Abaikan Dua Anak

IPOH – Sepasang suami isteri hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berasingan terhadap pertuduhan cuai dan mengabaikan dua anak mereka di Chemor di sini.

S. Nasavalli, 38, dan Mohammad Hajimeer Dollah, 31, didakwa dengan sengaja membiarkan anak mereka Nor Sarinya Abdullah, 3, tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan di sebuah rumah di Chemor pada 28 Dis 2014 hingga 3 Mac 2015.

Timbalan Pendakwa Raya Nadiatul Athirah Azman memohon mahkamah supaya kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tertuduh tidak mendekati seorang anaknya yang merupakan saksi penting bagi kes tersebut.

Peguam yang mewakili mereka, M. Kathan memohon mahkamah mengenakan jaminan yang sangat rendah kerana Mohammad Hajimeer adalah seorang pemandu lori dengan hanya bergaji RM2,000 sebulan.

“Mohammad Hajimeer bekerja di Gua Musang, Kelantan manakala isterinya Nasavalli bekerja di Johor Baharu. Kedua-dua anak mereka ditinggalkan dengan pengasuh dan mereka akan balik untuk melihat anak mereka tiga bulan sekali,” katanya.

Majistret Suhaima Mohd Noor kemudian membenarkan pasangan itu, masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, kedua-dua tertuduh juga didakwa dengan sengaja membiarkan anak mereka Muhammad Darwen Raj Abdullah, 6, tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan, pada tarikh dan di tempat yang sama.


Bagi pertuduhan itu, Majistret Haslinda A. Raof membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 33c Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut menetapkan 29 April depan untuk sebutan semula kedua-dua kes itu.

Nor Sarinya, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, selepas mangsa didapati tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan di bahagian mulut di rumah pengasuhnya di Taman Klebang Jaya, Chemor di sini, pada 3 Mac lepas.

Kanak-kanak lelaki berkenaan didapati mengalami kesan luka di seluruh bahagian badan, dipercayai akibat didera. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Dera

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori