• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasan Malek Nafi Letak Jawatan Jika Harga Minyak Naik

oleh AK-47
01/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek menafikan sekeras-kerasnya penyebaran satu status Facebook berkenaan harga minyak yang viral sejak semalam.

Status itu mendakwa, Hasan menafikan berlakunya kenaikan harga minyak bermula esok (1 April) dan beliau bakal meletakkan jawatan sebagai Menteri KPDNKK sekiranya perkara itu benar-benar terjadi.

Kenyataan palsu berkenaan adalah seperti berikut;

“Saya memberi jaminan bahawa tiada sebarang kenaikan harga petrol dan diesel akan dilakukan dalam tempoh terdekat sekalipun berlaku sedikit kenaikan harga bahan bakar di pasaran.

“Pada masa ini, harga runcit RON95 adalah kekal pada harga RM1.95 seliter, RON97 pada harga RM2.25 seliter manakala diesel pada harga RM1.95 seliter.

“Sekiranya laporan palsu itu benar, saya dengan rela hati meletakkan jawatan sebagai Menteri KPDNKK berkuatkuasa serta merta tanpa prejudis demi kepentingan rakyat,”.

Gambar status palsu berkenaan.
Gambar status Facebook palsu ini mula tersebar sejak semalam.

Hasan Malek menyifatkan penyebaran status bahawa beliau sedia meletak jawatan andai berlaku kenaikan harga bahan api sebagai satu kebiadapan serta sikap tidak bertanggungjawab dan telah pun membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, Hasan dilihat turut membalas pertanyaan seorang pengguna sosial perihal berita penyebaran harga minyak yang menjadi bualan hangat masyarakat.

 “Kita tunggu pengumuman daripada Kementerian Kewangan. Kami di KPDNKK hanya agensi Perlaksana,” katanya pada ruangan komen di Facebook beliau. – MYNEWSHUB.CC

Tags: palsuviral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd