Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Isu Cerai: Bukan Islam...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengekang masalah perceraian atas alasan yang remeh dalam...

MKT UMNO Boleh Putuskan...

PETALING JAYA - Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO boleh memutuskan untuk mengadakan pemilihan...

Tempoh Serahan SD Berakhir,...

KUALA LUMPUR - Tempoh bagi 220 Ahli Parlimen menghantar akuan bersumpah (SD) kepada...

Ingatkan Jenama Popular Itu,...

LAMBAKAN produk tiruan diimport dari China bukan sahaja membolehkan pengguna di Malaysia dapat...

SPRM Garis 4 Teras Tingkat Keyakinan Masyarakat Kepada 70%

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyasar untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap badan itu kepada 70 peratus tahun ini berbanding 67.8 peratus tahun lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Zakaria Jaffar ber­kata bagi mencapai sasaran itu, suruhanjaya itu menggariskan empat teras utama yang perlu dilaksanakan mengikut strategi ‘Merakyatkan SPRM’ termasuk mengurus secara berkesan kes berprofil tinggi dan kes berkepentingan awam.

“Masyarakat ingin melihat kes-kes sebegitu diurus sebaik mungkin dari sudut tugas-tugas yang termaktub di bawah bidang kuasa suruhanjaya,” katanya pada sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) SPRM 2014 di sini, hari ini.

Bagi mencapai sasaran itu, SPRM juga akan menjalin hubungan strategik dengan ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memudahkan usaha memberi penjelasan dan pendedahan kepada masyarakat dari aspek undang-undang dan program pencegahan yang dilaksanakan.

“Perancangan atau program menangani rasuah yang dilaksanakan SPRM membabitkan seluruh rakyat dan sebagai pemimpin masyarakat, ahli politik dan pimpinan NGO perlu mendokong usaha murni ini dengan menyampaikan mesej agar masyarakat dapat bersama-sama SPRM menentang gejala itu,” katanya.

Zakaria berkata teras ketiga ialah melibatkan pihak swasta secara berkesan dalam pembasmian gejala rasuah terutamanya kesedaran tentang keperluan mengelak polisi yang membenarkan pemberian rasuah atau dasar tiada hadiah bagi mencapai matlamat meraih lebih keyakinan masyarakat.

Beliau berkata, persepsi masyarakat bahawa pihak swasta menjadi pihak yang memberi kepada badan-badan awam selaku penerima, perlu dihapuskan kerana dari segi undang-undang, pemberi dan penerima adalah salah.


Menurutnya, SPRM juga memberi fokus kepada menangani isu-isu semasa dan ‘panas’ dengan efektif seperti isu pencerobohan di Cameron Highlands, isu pengagihan bantuan banjir dan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang masih bergolak bagi meningkatkan keyakinan masyarakat.

“Perkara ini kita kena tangani secara bersopan, beretika kerana walaupun secara langsungnya bukan terletak di bawah tugas SPRM tetapi ia tetap memberi kesan kepada keyakinan masyarakat terhadap SPRM,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 198 pegawai dan anggota menerima anugerah masing-masing daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, yang dalam ucapannya meminta penerima APC menganggap anugerah itu sebagai ‘akad’ bagi menambah tekad memberi perkhidmatan lebih cemerlang.

Beliau berkata mereka harus menjadi lebih efisien dalam melaksanakan amanah kerana persepsi, kehendak dan harapan rakyat terhadap SPRM adalah lebih tinggi berbanding sebelum agensi penguatkuasaan itu diangkat menjadi suruhanjaya. – BERNAMA

https://youtu.be/zJqTvOXCz6w

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori