• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Rayu Rakyat Tak Keluar Negara

oleh Ahmad Albab
16/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Singapura – Rakyat republik ini semalam digesa supaya tidak ke luar negara sepanjang cuti empat hari ketika negara itu meraikan hari kebangsaan ke-50 Ogos depan.

Speaker Parlimen Halimah Yaakob merayu demikian sehari selepas kerajaan mengisytiharkan cuti tambahan sempena perayaan itu.

“Saya merayu rakyat Singapura supaya tidak bercuti di luar negara ketika cuti panjang hujung minggu Ogos depan. Saya sedar rakyat Singapura sering mengambil peluang bercuti di luar negara bersama-sama keluarga jika ada cuti panjang hujung minggu.

“Saya tidak kisah jika cuti lain. Tetapi saya berharap, sempena sambutan ulang tahun ke 50 Singapura kali ini, mereka tidak ke luar negara, sebaliknya menyambutnya bersama-sama.

“Pasti menyedihkan apabila melihat suku daripada penduduk Singapura bercuti di luar negara ketika sambutan itu,” kata Halimah.

Kerajaan sebelum ini mengisytiharkan 7 Ogos sebagai cuti umum mpena sambutan itu. Cuti tambahan itu jatuh pada Jumaat. Dengan Isnin secara automatik menjadi cuti umum kerana hari kebangsaan jatuh pada Ahad tahun ini, ia bermakna rakyat republik itu akan menikmati cuti hujung minggu yang panjang, dari 7 hingga 10 Ogos.

Halimah berkata, dia berharap agensi percutian menyokongnya.

“Saya sedar agensi percutian akan terjejas. Tetapi saya berharap mereka faham dan melihat alasan kita mengisytiharkan cuti tambahan.

“Kerajaan tidak sesuka hati mengisytiharkan cuti. Kita sudah memikirkannya secara mendalam.

“Adalah penting kita meraikan bersama keluarga, rakan dan jiran, supaya kita dapat menikmati makna sebenar sebahagian daripada negara,” katanya.

Tags: Singapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd