Monday, September 16, 2024

Creating liberating content

Nabila Huda Mengamuk Dengan...

KUALA LUMPUR – Kesabaran pelakon Nabila Huda sampai ke kemuncak apabila dia memuat...

Tok Mat “Poster Boy”...

Barisan Nasional (BN) tidak boleh menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya dengan...

Menteri India Hadiah Lembu...

NEW DELHI - Seorang menteri di India mengumumkan akan menghadiahkan lembu kepada juara...

Pemandu Lori Ditahan Bawa...

MELAKA - Seorang pemandu lori ditahan kerana membawa muatan 1,200 karton rokok yang...

Sikap Romantik Amir Raja Lawak Pikat Hati Isteri

RUPA-RUPANYA ramai juga selebriti yang mengambil kesempatan cuti persekolahan yang panjang untuk mendirikan rumah tangga pada hujung minggu ini.

Selain pelakon Hanez Suraya dan pelawak Fad Bocey, Amir Raja Lawak turut bergelar raja sehari apabila sah bergelar suami kepada suri hidupnya, Nur Intan Shafinaz Shaari, 21.

Menceritakan peribadi suami yang berjaya menambat hatinya, Nur Intan mengatakan Amir sebenarnya seorang lelaki yang romantik di sebalik perangai selamba dan gila-gilanya.

amir1

“Ramai tidak tahu Amir sebenarnya romantik.

“Paling memberi kesan di hati saya semasa kami berkunjung ke Port Dickson dia tiba-tiba membawa sejambak bunga dan suasana ketika itu sangat romantik,” katanya, memetik laporan mStar.

amir2


Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di kediaman Nur Intan di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, pada petang Sabtu.

Pada majlis tersebut Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM13,000.

Sekalung tahniah buat Amir dan pasangan, semoga ikatan yang dibina kalian berkekalan sehingga ke Jannah. Amin.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=nqi-NGBI5HU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori