• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AIR – Selangor Enggan Selesaikan Syarat Perjanjian

oleh Ahmad Albab
11/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan penstrukturan air di Selangor tertangguh disebabkan kerajaan negeri itu enggan menyelesaikan tiga daripada lapan syarat Perjanjian Utama dengan kerajaan pusat melanjutkan krisis bekalan air bersih negeri itu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, ini termasuk syarat supaya Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memuktamadkan senarai aset miliknya untuk membolehkan Lesen Individu Kemudahan dikeluarkan kepada Air Selangor mengikut kehendak Akta 655.

Katanya, Air Selangor juga masih belum selesaikan urusan pindah milik aset kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) untuk membolehkan PAAB menyediakan peruntukan berjumlah RM1.68 bilion bagi membantu Air Selangor membiayai kos pengambilalihan syarikat konsesinya.

“Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air syarikat konsensi kepada PAAB sebagai balasan kepada pengambilalihan liabiliti syarikat konsensi oleh PAAB yang berjumlah RM7.65 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Azmin Ali (Gombak-PKR) mengenai komitmen kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan Perjanjian Utama Penstrukturan Air Negeri Selangor yang masih belum selesai, di Dewan Rakyat, hari ini.

Maximus berkata, sungguhpun Perjanjian Utama telah ditandatangani, ia masih belum lagi berkuat kuasa kerana terdapat syarat duluan yang belum dipenuhi.

“Oleh itu kenyataan Ahli Yang Berhormat Gombak bahawa kerajaan Persekutuan telah melanggari perjanjian adalah kenyataan yang tidak betul dan mengelirukan orang awam,” katanya. – BERNAMA

Tags: KerajaanKerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Tegaskan Pendirian Neutral, Tidak Pro Mana-Mana Pihak

Firdaus Wong Tegaskan Pendirian Neutral, Tidak Pro Mana-Mana Pihak

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menegaskan beliau dan rakan-rakannya tidak berpihak kepada mana-mana blok politik, sebaliknya...

Ketua Kampung Wajib Jadi Mata Dan Telinga Kerajaan – Nga Kor Ming

Ketua Kampung Wajib Jadi Mata Dan Telinga Kerajaan – Nga Kor Ming

24/04/2026
0

IPOH - Ketua Kampung Baru Cina diseru memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan serta sentiasa turun padang bagi menyelesaikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd