• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sayu.. Nota Anak Arwah Pekerja TNB Rindukan Ayahnya

oleh AK-47
11/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEHILANGAN dahan tempat bergantung bukanlah satu perkara mudah untuk dihadapi apatah lagi bagi kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa.

Sudahlah sedang kesedihan kehilangan suami, bayangkan pula bagaimana si ibu mahu menerangkan hakikat kematian kepada anak-anak yang asyik bertanya, bila bapa mereka mahu pulang?

Inilah situasi perlu dihadapi isteri Mohd Zaidi Mohd Shariff, 35, juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur petang Jumaat lalu.

Bagi mereka yang mengunjungi keluarga arwah, hati turut dipaut sayu melihat dua keping nota tulisan tangan yang dihasilkan anaknya.

Walaupun ayat yang ditulis jelas keanak-anakan namun tidak susah menebak bahawa ia melambangkan rasa rindu yang teramat sangat kepada si bapa yang ketika itu sedang terlantar sakit di hospital, bergelut antara hidup dan mati.

IMG-20150307-WA0025 (1)

Paling meruntun perasaan, tulisan berbentuk pertanyaan “mana ayah” diikuti gambar hati.

Manakala sekeping lagi nota, mencatatkan doa “semoga ayah sihat”, “kami sekeluarga sayang ayah”, “anak2 ayah sayang ayah”, “I love you ayah” dan “terima kasih”.

IMG-20150307-WA0026

Turut dinukilkan anak arwah yang menggelar dirinya Wani ini adalah kenangan dipeluk, didukung dan dibantu ayahnya.

Memang sedih.. hiba… malah mana-mana ibu pasti mengalirkan air mata membaca nota anak yatim ini namun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Sama-samalah kita doakan, semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian Allah ini.

BERKAITAN: 3 Mati – Banyak Cerita Berlegar Di Kalangan Pekerja TNB

Allahyarham Mohd Zaidi merupakan mangsa terakhir yang maut akibat letupan di pencawang elektrik di Taman Tan Yew Lai, Jalan Klang Lama, 23 Februari lalu.

Sebelum itu dua rakan sekerja arwah iaitu Mohd Ruzairi Razali, 34 dan Norizan Abdullah, 59, meninggal dunia pada 25 Februari dan 1 Mac lalu selepas melecur akibat terkena percikan api ketika proses pensuisan dibuat usai kerja penyelenggaraan.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: mautTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd