Nama aktres jelita Ramona Zamzam sememangnya sudah tidak asing lagi di mata peminat hiburan.
Siapa sangka, dalam diam rupa-rupanya hati gadis ini atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam sudah ditawan oleh seorang jejaka dari Palestin yang dikenali sebagai Rami Alashkar.
Apa paling mengejutkan campur gembira, pasangan bercinta ini sedang menghitung hari bergelar detik sejarah menjadi suami isteri yang akan berlangsung pada 15 Mei ini.
“Alhamdulillah, saya kini dalam proses persiapan untuk melangsungkan majlis pernikahan lebih kurang sebulan sahaja lagi. Saya memilih untuk terus bernikah dan tidak akan ada majlis bertunangâ€Â
“Buat masa ini, kami rancang adakan majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Bagaimanapun ada pihak berhajat untuk menaja majlis akad nikah kami. Jadi kemungkinan besar lokasi dan masa akan berubah jika kata sepakat dicapai dengan penaja. Apa yang penting, tarikhnya tetap sama.
“Saya tidak akan mengadakan sebarang sidang media dan untuk majlis akad nikah, ia akan diadakan secara tertutup. Sebab saya rasa, saya bukan popular tapi saya bersedia berkongsi hari bersejarah saya bersama media, andai ada media yang mahu membuat liputan untuk majlis itu nanti,†katanya.
https://instagram.com/p/wTNzjdxgei/?taken-by=ramona_zamzam
Menurut pelakon filem Jengka ini, majlis resepsi akan diadakan pada Jun di kampung halamannya di Ipoh, Perak disusuli majlis resepsi di Kuala Lumpur pada September.
Tahniah in advance kami ucapkan! – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=THQ20Twexq4