RADHI OAG yang selamat menimang cahaya mata perempuan sulung pada tanggal 30 Januari lalu akhirnya berkongsi gambar puterinya itu, Nur Aishah, khas buat peminat setianya.
Radhi dan isteri, Nur Shahira Ayu menggunakan perkhidmatan fotografi yang ditawarkan oleh Camora Arts untuk mengabadikan gambar mereka sekeluarga.
Nur Aishah merupakan anak pertama Radhi daripada perkahwinan keduanya.
Vokalis OAG ini juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu, Muhamad Rifdhi Muslim yang kini berusia 10 tahun. – MYNEWSHUB.CC






