• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Qi Razali, Nelydia Bakal Bertunang Waktu Terdekat

oleh AK-47
14/03/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH dua tahun menjalin cinta, akhirnya pengacara terkenal Qi Razali nekad mahu mempercepatkan urusan ke jinjang pelamin bersama pelakon manis Nelydia Senrose.

Bagi Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, 38, dia sudah bersedia memikul tanggungjawab bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya dan mengesahkan akan menghantar rombongan meminang dalam waktu terdekat.

“Setelah lebih dua tahun bercinta saya rasa sudah sampai masanya untuk memikirkan langkah seterusnya hubungan kami ini. InsyaAllah, dalam masa terdekat saya akan menghantar rombongan meminang Nelydia,” jelas Qi.

Dalam pada itu, Qi yang dahulunya popular menerusi rancangan Destinasi Bajet berharap keputusan dia dan Nelydia ini dapat mengurangkan segala kontroversi sensasi yang sering dikaitkan dengan perhubungan mereka.

“Kami berdua memang belum puas lagi mengejar cita-cita tetapi diharapkan ikatan pertunangan akan menjadi titik tolak kepada perancangan untuk kehidupan berumah tangga yang kalau boleh tak mahu dilengahkan lagi.

“Keputusan ini memang telah saya dan Nelydia bincangkan dan harapnya selepas bergelar tunang, kuranglah cerita kurang enak mengaitkan Nelydia dan pihak tertentu,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: Murai

https://www.youtube.com/watch?v=XMeWdJyVXas

Tags: nelydia senrose
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nelydia Senrose Bakal Bernikah

04/03/2019
0

PELAKON, Nelydia Senrose mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Menerusi tweet yang dihantar di akaun Twitternya semalam, Nelydia...

Jadi ‘Mangsa’ Keadaan, Nelydia Luah Rasa Di Twitter?

08/05/2018
0

TONGGAK utama drama, Lafazkan Kalimah Cintamu iaitu Nelydia Senrose menjadi bualan netizen di media sosial apabila memuat naik status penuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd