• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Punca Air Tercemar Di Cameron Highlands Didedah

oleh Ahmad Albab
07/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sikap tidak bertanggungjawab dan kegagalan pengusaha kebun sayur mematuhi garis panduan penggunaan racun makhluk perosak adalah punca air sungai dan paip di Cameron Highland dicemari racun yang diharamkan.

Pensyarah Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Profesor Dr Rita Muhamad Awang berkata, pengusaha terbabit perlu mematuhi garis panduan yang disediakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mengelak pencemaran air daripada terus berlaku di pusat peranginan itu.

“Senarai jenis racun juga ada di dalam garis panduan itu. Kesedaran penting demi keselamatan pengusaha, kesihatan pengguna dan penjagaan alam sekitar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan air sungai dan air paip di Cameron Highlands dicemari racun yang diharamkan.

Katanya pengusaha tanaman di kawasan itu perlu peka dan sedar tentang kesan yang bakal ditanggung akibat penggunaan racun makhkuk perosak yang mengandungi bahan berbahaya.‎

“Jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada alam sekitar dan pengguna,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Noor Azhar Mohamed Shazili berkata, pengusaha tanaman di kawasan itu perlu diberi pendidikan berterusan mengenai bahaya penggunaan racun makhluk perosak yang diharamkan.

Katanya kesedaran akan lahir daripada pendidikan yang diberikan namun pengawasan berkala oleh pihak berwajib penting bagi memastikan masalah itu tidak berulang.

“Perlu ada pendidikan jika perkara ini berterusan. Pengusaha perlu diberitahu had penggunaan racun. Jika perkara begini dibiarkan, kawasan itu mungkin tidak dapat diselamatkan daripada pencemaran,” katanya.

Noor Azhar berkata MPN sering mengadakan perjumpaan dengan kerajaan negeri terbabit bagi membincang dan mencari penyelesaian isu alam sekitar dan difahamkan bilangan anggota penguat kuasa telah ditambah bagi memantapkan lagi penguatkuasaan termasuk memantau penjualan racun di kawasan itu. – BERNAMA

Tags: bekalan airCameron Highlands
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd