• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produk Ditawarkan Kempen Penurunan Harga Berkualiti

oleh Ahmad Albab
01/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis memastikan setiap produk ditawarkan dalam kempen penurunan harga 2015 yang bermula hari ini berkualiti.

Pengarahnya Khairul Amin Talib berkata harga produk disemak bagi membezakannya dengan harga asal sebelum ditawarkan pada harga potongan.

Sebanyak 10 syarikat di Perlis menyertai kempen itu, katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kempen itu peringkat negeri di pasaraya C-Mart di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perlis Datuk Sabry Ahmad semasa melancarkan kempen itu berkata kempen itu antara usaha kerajaan membantu rakyat termasuk mendidik pengguna agar lebih bijak dalam menghadapi kenaikan harga barang keperluan harian.

“Kerajaan mengambil pendekatan rundingan dengan peniaga dan pemborong agar menurunkan harga produk. Pendekatan ini berkesan apabila sebilangan besar golongan tersebut menyahut seruan kerajaan,” katanya.

Di MELAKA, Pejabat KPDNKK Melaka akan memantau ketat harga barang di seluruh negeri bagi memastikan tiada kenaikan harga melampau terutama selepas kenaikan harga minyak tengah malam tadi, kata Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Melaka Datuk Lai Meng Chong.

Beliau berkata langkah berkenaan bertujuan memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan berikutan kenaikan harga minyak.

“Kalau kita lihat trend yang lepas bila harga minyak turun kita dapati tiada barang yang turun harga. Jadi bila harga minyak naik tidak semua harga barang akan ikut naik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Penurunan Harga Peringkat Negeri Melaka di Pasaraya Mydin di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam mengumumkan harga petrol dan diesel naik 25 sen seliter mulai tengah malam tadi menjadikan harga runcit baharu bagi petrol RON95 kepada RM1.95 seliter, RON97 RM2.25 seliter dan diesel RM1.95 seliter.

Lai berkata sebanyak 22 pasar raya di Melaka terlibat dalam kempen penurunan harga barang itu antaranya Mydin, Tesco, Giant, Aeon Jusco, Econsave dan Family Store.

Beliau berkata sebanyak 94 kes dengan nilai rampasan RM43,937 dalam tempoh Januari hingga 27 Feb lepas dicatatkan di negeri ini kerana gagal mematuhi Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972. – BERNAMA

Tags: Harga BarangKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd