Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Putuskan Tidak Haram...

PUTRAJAYA - Berita baik buat semua penggemar vape serta peniaga rokok elektronik ini...

Taktik Sewa Dua Bilik...

JITRA - Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan teman lelakinya sanggup...

Analisis Pembentangan Hudud &...

Pindaan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (undang-undang hudud) akan dibuat  persidangan Dewan...

Syurga Menunggu Mu Anakku,...

BERITA mengenai kematian tragik murid darjah 1, adik Nuri Nadirah Ruslan akibat dipatuk...

PRK Chempaka: Pusat Pengundian Awal Dibuka 8 Pagi

KOTA BAHARU – Sejumlah 1,497 anggota tentera bersama pasangan mereka hari ini merupakan pengundi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang berlangsung di Dewan Tan Sri Hamid Bidin, Markas 8 Briged, Kem Pengkalan Chepa di sini.

Pusat pengundian awal itu dibuka pada pukul 8 pagi dan akan ditutup pada pukul 5 petang ini.

Proses pengundian awal itu turut disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding pada PRK berkenaan, selain pemerhati tempatan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dengan kebenaran daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

PRK DUN Chempaka ini menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.


PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42, manakala empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary (48), bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood (59), Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin (55), dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64.

Sejumlah 20,390 orang pengundi biasa akan menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian Ahad ini.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori