Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Epal Gala, Granny Smith...

LABUAN - Orang ramai tidak perlu bimbang untuk membeli atau makan epal Gala...

Ramai Panik Duit Dalam...

PETALING JAYA – Media sosial petang ini kecoh apabila pengguna Maybank gagal menggunakan...

2 Syarikat Buang Sisa...

KANGAR - Dua syarikat, masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Kes Rasuah: Penjawat Awam...

LANGKAWI - Dua penjawat awam, seorang daripadanya penolong pegawai undang-undang di sebuah jabatan...

Presiden AS Tidak Miliki Telefon Pintar

LOS ANGELES – Presiden Ame­rika Syarikat (AS), Barack Obama menerusi program Jimmy Kimmel Live terbitan ABC kelmarin mendedahkan beliau tidak menghantar mesej teks dan jarang menulis status di Twitter.

Menurut Obama, beliau juga tidak dibenarkan memiliki telefon pintar yang dilengkapi dengan fungsi rakaman atas sebab-sebab keselamatan.

“Secara umumnya saya tidak tweet,” kata beliau semasa ditemu bual oleh Kimmel.

“Saya tidak menulis (mesej) teks. Saya menghantar e-mel. Saya masih mempunyai Blackberry,” katanya lagi.

Obama memberitahu, anak perempuannya bagaimanapun mempunyai telefon pintar dan bertukar-tukar mesej dengan rakan-rakannya tetapi terpaksa dihadkan atas faktor keselamatan.


“Atas sebab keselamatan, saya tidak berpeluang menggunakan model-model baharu telefon pintar terutama yang mempunyai alat rakaman,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kehidupannya di White House, Obama memberitahu, dia sudah lama tidak memasak, memandu kereta dan membuat kelakar kepada mereka yang percaya bahawa beliau tidak dilahirkan di AS.

“Semasa di Kenya, kita memandu mengikut arah yang berbeza,” kata Obama yang dilahirkan di Hawaii oleh ibunya yang berasal dari Kansas, manakala bapanya dari Kenya. – Reuters

https://www.youtube.com/watch?v=LPXmKLMsTUw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori