Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Covid-19: Kes Baru Lonjak...

Penularan kes Covid-19 di negara ini semakin menungkat dengan sebanyak 4,759 kes baru...

‘63% Banduan Pesalah Kecil...

Azalina Othman Said membangkitkan keperluan segera untuk memperbaharui undang-undang berkaitan dadah di Malaysia.Azalina...

MB Pahang Umum Blok...

MARAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan pembinaan...

Bayi Malang Maut Akibat...

KEMBOJA – Seorang bayi berusia tujuh bulan meninggal dunia selepas tercekik ikan hidup...

Polis Berani Tahan Pemimpin Pembangkang Kerana PR Lemah

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat mendakwa polis berani menahan ramai pemimpin pakatan rakyat sejak kebelakangan ini kerana gabungan pembangkang itu telah menjadi lemah.

Beliau mendakwa, senario tangkapan besar-besaran ke atas pemimpin pakatan rakyat itu menunjukkan pihak berkuasa kini sewenang-wenangnya menangkap mana-mana pemimpin pembangkang yang menggugat mereka.

“Tangkapan besar-besaran malam tadi. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut ditahan di Pulau Pinang. Inilah hasilnya bila pakatan rakyat lemah,” dakwanya melalui Facebook beliau hari ini.

Portal propembangkang semalam malaporkan, aktivitis pembangkang, Hishamuddin Rais ditahan oleh beberapa lelaki yang menunggang motosikal yang menariknya masuk ke dalam kereta berwarna perak di Dataran Merdeka.

Mohamad Sabu pula dilapor ditahan di sebuah restoran di Pulau Pinang oleh polis dari Bukit Aman lengkap dengan ski mask dan senjata ketika sedang minum pada waktu malam. – MYNEWSHUB.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori