Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Ukiran Seni Telefon Lobster...

EDINBURGH, Scotland - Satu ukiran unik berbentuk lobster untuk sarung gagang telefon berjaya...

Neymar Pulang Ke Brazil...

NEYMAR bakal menjalani pembedahan minggu ini, jelas Paris Saint-Germain. "Keputusan telah dibuat bersama kedua-dua...

Bulan Ramadan Pun Mahu...

KUALA LUMPUR – Lebih baik buat majlis ikrar melunaskan janji daripada majlis sambutan...

Tiga Calon Damansara Ikrar...

PETALING JAYA - Ketiga-tiga calon di Parlimen Damansara mempunyai misi yang sama iaitu...

PKR Umum Tidak Sokong Hudud Di Parlimen

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam memutuskan parti itu tidak boleh menyokong PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) di Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan.

Tindakan itu dijangka akan menyebabkan Hudud gagal dilaksanakan di Kelantan kerana jika sejumlah 21 orang Ahli Parlimen PAS dicampur dengan 88 Ahli Parlimen UMNO, maka masih wujud kekurangan 3 kerusi untuk majoriti mudah dicapai bagi meluluskan rang undang-undang berkenaan.

PKR dalam satu kenyataan media menegaskan, mesyuarat Biro Politik PKR itu membuat ketetapan tidak boleh menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tersebut atas beberapa pertimbangan.

“Pertimbangan itu adalah kami (PKR) tidak dimaklumkan tentang isi kandungan RUU Persendirian tersebut. Ia dicadangkan secara “unilateral” tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015.

“Sekiranya RUU Persendirian tersebut berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, PKR tetap dengan pendirian asal iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh pimpinan tertinggi PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar, Shamsul Iskandar Md Akin, Rafizi Ramli, Zuraida Kamaruddin dan Nik Nazmi Nik Ahmad.


PKR turut mempersoalkan tentang Peraturan Tetap Dewan Rakyat iaitu sebarang RUU hanya akan dibahaskan dengan restu pihak kerajaan.

Bagaimanapun, dakwa kenyataan itu, tiada seorang pimpinan tertinggi kerajaan membuat kenyataan terbuka mengenai pendirian mereka berhubung RUU Persendirian tersebut jika dibawa ke Parlimen. – MYNEWSHUB.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • Hudud

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori