• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pindaan Akta 118 Tambah Baik Sistem Perundangan Perumahan

oleh Ahmad Albab
18/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan optimis untuk terus memantau pembangunan projek perumahan bagi mengelakkan isu rumah terbengkalai melalui beberapa pindaan kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 (Akta 118), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata pindaan itu bertujuan menambah baik aspek perundangan yang membolehkan Jabatan Perumahan Negara dan kementerian mengambil tindakan lebih agresif terhadap pemaju yang tidak bertanggungjawab.

“Bagaimanapun pindaan kepada Akta 118 belum dapat dikuat kuasa pada masa ini kerana ia perlu dikuat kuasa bersekali dengan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan Akta Hak Milik Strata Pindaan 2013 (Akta 318)”, katanya menjawab soalan Datuk Zahidi Zainul Abidin (BN-Padang Besar) yang meminta kerajaan menyatakan lokasi dan jumlah projek terbengkalai seluruh negara.

Pindaan ke atas Akta 118 telah diluluskan di Dewan Rakyat 30 Nov 2011 dan dijangka dikuatkuasakan tahun ini.

Pindaan Akta 118 bertujuan memasukkan beberapa peruntukan baharu antaranya Seksyen 6, mengenai pertambahan deposit lesen pemajuan perumahan dan Seksyen 8, mengenai pembatalan jual beli sekiranya pembeli mendapati projek perumahan tiada kemajuan dalam tempoh enam bulan perjanjian ditandatangani.

Halimah berkata untuk tempoh 2009 hingga 31 Jan 2015, sebanyak 216 projek perumahan swasta terbengkalai direkod.

Namun daripada jumlah itu, sebanyak 164 projek berjaya disiapkan manakala 52 lagi masih dalam peringkat pelbagai pemulihan oleh kementerian.

Statistik projek yang berada di peringkat pemulihan adalah Selangor dengan 21 projek, Perak (9), Johor (8), Pahang (4), Negeri Sembilan (4), Pulau Pinang (2), Kedah (2), Kelantan (1) dan Wilayah Persekutuan (1), katanya.

Menjawab soalan tambahan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) mengenai statistik pemaju yang disenarai hitam, Halimah berkata sehingga 2 Mac 2015, sebanyak 1,018 pemaju perumahan dan 3,607 ahli lembaga pengarah telah disenarai hitam oleh kementerian.

Sementara itu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata secara keseluruhan terdapat lima projek pembinaan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) dengan 2,795 unit dan harga seunit tidak melebihi RM300,000.

“Pembinaan Rumawip bertujuan memberi peluang kepada rakyat Wilayah Persekutuan untuk memiliki rumah dengan harga lebih rendah dengan harga siling RM300,000 ke bawah”, katanya menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang meminta kementerian menjelaskan perancangan untuk membina kawasan perumahan di kawasan Batu. – ERNAMA

Tags: Rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd