Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

TMJ ‘Sound’ Editor Astro...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar editor sukan...

Terengganu Teroka Bidang Tenaga...

KEMAMAN - Kerajaan Terengganu bertekad untuk menerokai bidang tenaga diperbaharui seperti tenaga solar...

Pergeseran Chacha Maembong, Bapa...

PETALING JAYA - Pelakon Chacha Maembong berkata, tulisan bapanya, Ismail Embong yang marah...

Lelaki Paling Banyak Tatu...

LELAKI ini telah dinobatkan sebagai Lelaki Paling Banyak Tatu di Britain namun kegembiraan...

Perjanjian Air Kerajaan Pusat-Selangor Terbatal Hari Ini

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memberitahu perjanjian air membabitkan kerajaan negeri itu dan Kerajaan Persekutuan telah berakhir pada Isnin dan tidak akan dilanjutkan.

Katanya, kerajaan Selangor sebelum ini turut memberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali bermula pada Januari lalu.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas syarat perjanjian air yang ditandatangani pada September tahun lalu telah dilanggar oleh Kerajaan Persekutuan sehingga menyebabkan kerajaan Selangor tiada pilihan lain.

“Apabila saya dilantik menjadi menteri besar pada September tahun lalu, saya bersedia untuk meneruskan perjanjian tetapi Kerajaan Persekutuan gagal memenuhi syarat tersebut malah meminta tempoh lanjutan.

“Apa lagi pilihan yang kita ada? Saya ingin lihat syarat baharu yang ingin mereka bincangkan dengan kerajaan Selangor,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai isu tersebut di Lobi Parlimen pada Isnin.


Beliau berkata perkara sama turut berlaku kepada Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang dibatalkan.

“Sama seperti projek Kidex… selepas dibatalkan baharulah Menteri Pengangkutan datang untuk berbincang mengenai pelan pengangkutan awam,” katanya.

Keputusan kerajaan Selangor untuk tidak menyambung semula perjanjian tersebut akan menjejaskan kerja-kerja pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang dijangka siap pada 2017.

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor memeterai perjanjian bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri air pada 12 September tahun lalu. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori