• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan #Kitalawan Perlu Dihenti – Ketua Polis Negara

oleh AK-47
29/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Penganjur perhimpunan #KitaLawan tidak
lagi dibenarkan untuk mengadakan sebarang perhimpunan di ibu kota, kata Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata ini berikutan tindakan kumpulan itu bertindak agresif
terhadap penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kejadian
kira-kira 12.15 pagi tadi.

http://mynewshub.cc/

“Kumpulan ini belasah penguat kuasa DBKL. Kalau nak berhimpun, buatlah
dengan cara yang aman. Bukan bertindak ganas. Maka kumpulan ini tidak lagi
dibenarkan untuk berkumpul.

“Jadi kerana mereka tidak dapat mengawal diri sendiri dan menganggu
keamanan, mereka tidak lagi dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan di
kawasan-kawasan mereka biasa buat. Saya dah pesan, kalau nak buat apa-apa
perhimpunan, ikut peraturan. Saya ingin menegaskan bahawa, kumpulan ini tidak
lagi dibenarkan berhimpun di mana-mana kawasan,” katanya.

Beliau kepada demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran
International Islamic University Malaysia (IIUM) Royal Malaysia Police Alumni
Chapter di sini hari ini.

Khalid berkata berkata, jika perhimpunan itu terus dijalankan, maka polis
akan menangkap mereka yang terbabit.

“Saya mengingatkan supaya perhimpunan ini dihentikan. Kami menerima banyak
laporan daripada pelbagai pihak bahawa perhimpunan itu  menyusahkan orang awam,
pengusaha teksi dan peniaga,” katanya.

Tambah Khalid, penganjur yang ingin mengadakan perhimpunan perlu mengikut
Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menyentuh mengenai pembabitan penuntut universiti dalam perhimpunan,  beliau
berkata pihaknya akan merujuk universiti berkaitan untuk tindakan seterusnya.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
(PKR) Rafizi Ramli ditahan bagi membantu siasatan berhubung pengedaran surat
arahan berkaitan membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Polis akan meneliti sejauh mana surat arahan yang telah diedarkan oleh
Rafizi kepada para penyokong perhimpunan #KitaLawan, esok,” katanya.

Polis hari ini menahan Rafizi di bawah Akta Hasutan 1948 bagi membantu
siasatan berhubung kenyataan beliau di media sosial yang dipercayai berbaur
hasutan. Rafizi ditahan pada pukul 3 petang di pejabatnya di Pandan Prima.

Khalid berkata tindakan Rafizi disifatkan amat berbahaya kerana surat yang
dikeluarkan itu boleh mengundang pelbagai makna.

“Surat terbuka macam ni boleh menimbulkan pelbagai makna…adakah dia
mengarahkan orang-orang dia supaya pecah penjara itu? Surat ini memberi pelbagai
kefahaman…jadi kita menahan Rafizi untuk membantu siasatan,” katanya.

Khalid berkata pengedaran surat seperti itu boleh mendatangkan bahaya dan
pihaknya tidak membenarkan perbuatan seperti itu.

Polis mengingatkan apa jua jenis surat arahan yang dikeluarkan seperti itu,
yang cuba menimbulkan kekecohan, akan diambil tindakan.– BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) memperjuangkan Islam 'Rahmatan Lil Alamin' Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Islam 'Rahmatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd