• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Laksana GST Awal Boleh Dipenjara, Denda

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih belum dilaksana, namun menurut beberapa persatuan pengguna mereka menerima sekurang-kurangnya 10 aduan mengenai peniaga mengenakan GST terhadap barangan mereka dalam tempoh Januari hingga sekarang.

Menurut mereka aduan membabitkan peniaga di Lembah Klang yang seolah-olah tidak tahu bahawa perbuatan itu mengundang tindakan undang-undang iaitu denda RM30,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan mengikut Akta GST 2014 kerana menguat kuasa GST sebelum 1 April ini.

“Kes seumpama ini sepatutnya tidak berlaku kerana merosakkan inisiatif yang bakal dilaksana kerajaan. Pengusaha tidak sepatutnya menjadikan GST sebagai alasan untuk meningkatkan harga sesuka hati,” kata Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Mustaffa Hamzah kepada Bernama, di sini hari ini.

Katanya kesemua aduan yang diterima PPIM sudah dimajukan kepada Kementerian Kewangan untuk tindakan lanjut.

Susulan itu juga beliau meminta pengguna menjadi sebahagian pemangkin kepada keberkesanan pelaksanaan GST dengan melaporkan sebarang penyelewengan oleh peniaga kepada persatuan pengguna.

GST yang akan dikuatkuasakan bermula 1 April ini pada kadar enam peratus bakal menggantikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Sistem cukai baharu ini yang merupakan sebahagian usaha pengukuhan fiskal kerajaan menuntut perniagaan berpendapatan tahunan RM500,000 ke atas mendaftar GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Sementara itu, Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata pemantauan pihaknya mendapati ada perniagaan yang mengenakan GST tersebut tidak layak berbuat demikian kerana berpendapatan tahunan kurang daripada RM500,000.

Ini juga satu bentuk penyelewengan yang harus diawasi oleh pengguna, katanya.

Naib Presiden Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Siti Rahayu Zakaria pula mengingatkan pengguna supaya meneliti resit dan bil yang diterima selepas pembayaran bagi mengelak daripada ditipu oleh peniaga yang tidak berhemah.

Setiap perniagaan yang mendaftar GST dengan Kastam akan menerima sijil dan mereka perlu mempamerkan sijil itu di premis perniagaan sebagai panduan pengguna, katanya.

“Ini sebagai panduan. Bukan itu sahaja, sebanyak dua juta naskhah Buku Panduan Harga Pengguna melibatkan 500 jenis barangan selepas sistem GST dilaksanakan telah diedar sejak awal Februari di seluruh negara,” katanya.

Pengguna juga boleh memuat turun buku panduan itu menerusi laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di www.kpdnkk.gov.my.

Sementara itu, Ketua Pengarah, Datuk Seri Khazali Ahmad menegaskan pihaknya akan memantau kedai atau premis perkhidmatan yang didapati mengenakan GST lebih awal daripada tarikh penguatkuasaan.

Perniagaan yang tidak layak mengutip GST juga bakal berdepan tindakan undang-undang menurut Akta GST 2014 jika mereka didapati berbuat demikian, katanya. – BERNAMA

Tags: GSTpeniaga
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perhatian: Jangan Ketip Jarum Di Mulut Semasa Pakai Tudung

Next Post

VIDEO: Sebijik La! Ariana Grande Tiru Gaya Celine Dion

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

Next Post

VIDEO: Sebijik La! Ariana Grande Tiru Gaya Celine Dion

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd