• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengendali Kren Maut Semasa Menjala Udang Di Sungai

oleh Ahmad Albab
10/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SITIAWAN – Seorang pengendali kren maut selepas tergelincir dan terjatuh daripada sampan yang dinaiki sewaktu menjala udang dengan rakannya di Sungai Dinding berhampiran dengan Jeti Kampung Baru, Sitiawan, malam tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Sitiawan Mohd Zaki Zainol berkata pihaknya menerima panggilan dari rakan mangsa pada 9.25 malam.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati Mohd Faizal Abdul Halim, 39, telah pun ditarik keluar oleh rakannya dari dalam sungai itu dan dibawa ke tebing berhampiran.

Mohd Zaki berkata anggota bomba cuba memberi bantuan pernafasan kepada mangsa sementara menunggu ketibaan pihak hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, isteri mangsa, Rashidah Saidin, 40, berkata beliau terkejut dengan insiden berkenaan dan menganggapnya satu ujian daripada Allah.

“Saya ada mendapat pesanan ringkas daripada suami saya mengatakan dia mahu menjala udang dengan rakannya dan tidak menyangka itu adalah mesej terakhir daripada dia,” katanya.

Rashidah yang tinggal di Pantai Dalam, Kuala Lumpur berkata Mohd Faizal bekerja serta menetap di Sitiawan sejak dua tahun lepas dan sering ke lokasi itu untuk menjala udang dengan rakannya.

“Kali terakhir kami sekeluarga berkumpul ialah pada Selasa lepas di rumah saya di Kuala Lumpur namun dia tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Seri Manjung hari ini.

Mohd Faizal, yang merupakan pengendali kren sebuah syarikat di Kampung Acheh di sini, meninggalkan seorang isteri dan tiga anak berusia antara 2 dan 9 tahun. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd