Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Samun Di Kuchai Lama:...

KUALA LUMPUR — Suspek lelaki yang ditahan dalam kejadian samun kedai emas dan...

Cadangan Tingkat Had Tuntutan...

KUALA LUMPUR - Cadangan meningkatkan jumlah had tuntutan di bawah Tribunal Tuntutan Pembeli...

Johor Pertimbang Guna Insinerator...

KOTA ISKANDAR - Kerajaan negeri akan berbincang dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal bagi...

Nabil Ahmad Gembira Tunai...

PENGACARA Nabil Ahmad akan mengunjungi tanah suci sekali lagi pada 27 Jun ini...

Pengantin Ditahan Sebelum Berkahwin Dapat Ganti Rugi RM116,750

LONDONDERRY, Ireland – Sepasang suami isteri menerima wang pampasan sebanyak £21,000 (RM116,750) selepas pihak polis melakukan kesilapan menahan mereka sejurus sebelum ikrar perkahwinan dilafazkan.

Pasangan tersebut, Neil Elwee, 28, dan isterinya, Yanan Sun, 22, ditahan ketika berada dalam upacara perkahwinan mereka pada 19 Julai 2011 di sini di hadapan kira-kira 50 orang yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat.

Sun yang kini ibu kepada dua orang anak, meluahkan rasa kecewanya kerana mereka ditahan selama empat jam walaupun pihak polis sedar dalam tempoh masa 40 minit bahawa tangkapan itu merupakan satu kesilapan.

Mereka sebelum itu disyaki cuba mengatur satu perkahwinan palsu.


“Ketika berada di balai polis, Neil memberitahu rakan yang berada di hotel itu untuk meneruskan majlis berkenaan tanpa kehadiran kami berdua kerana tidak mahu mengecewakan semua yang hadir, malah kami juga sudah bayar untuk majlis tersebut,” kata Sun.

Tambahnya, upacara perkahwinan dijalankan semula pada keesokan harinya tanpa pakaian pengantin dan rakan-rakan kecuali ahli keluarga terdekat.

Tidak puas hati dengan detik memalukan itu, pasangan suami isteri tersebut membuat aduan terhadap pegawai polis yang menahan mereka pada Jun 2012 menyebabkan empat pegawai digantung tugas selain menerima sejumlah pampasan. – AGENSI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori