KALAU dah fanatik sangat tu.. apa-apa pun boleh jadi.
Itu yang terjadi terhadap dua peminat setia ahli kumpulan One Direction, Harry Styles iaitu Francine Quek dan Alysha Ang yang gigih mengumpul dan menyimpan nafas yang dihirup keluar oleh penyanyi kacak terbabit dalam konsert jelajah kumpulan itu di Singapura, baru-baru ini.


Kedua-dua gadis berusia belasan tahun itu berbuat demikian adalah kerana untuk menyimpan kenangan tersendiri mereka sepanjang konsert itu berlangsung.
“Kami akan jaga beg plastik ini dengan sebaik-baiknya dan tidak akan menjualnya langsung. Ini sangat-sangat bernilai buat kami,” kata mereka.
Kalau sebelum-sebelum ini peminat hanya tangkap tisu dan tuala yang dilemparkan artis kegilaan mereka, kali ini sampai simpan nafas kau!
Lepas ni tak tahu lah apa pulak yang dorang nak simpan buat kenangan kan..
Haha..macam-macam hal.. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=wx-zTCAnc-8
https://www.youtube.com/watch?v=4IJm5DeiWpk

