• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelbagai Entiti Tunjuk Minat Dalam Penstrukuran MAS, Kata Khazanah

oleh Ahmad Albab
02/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelan Pemulihan MAS (MRP) terus menarik minat daripada pelbagai entiti yang mahu terlibat sama atau melengkapkannya.

Dalam maklumat terkini kemajuan suku tahunan MRP yang dikeluarkan di sini hari ini, Khazanah Nasional Bhd yang menguasai 70 peratus kepentingan dalam syarikat penerbangan negara itu, berkata ia sudah menerima 36 cadangan perniagaan.

“Khazanah sudah bertemu dan akan terus menemui pihak-pihak yang mengemukakan cadangan bagi membincangkan cadangan mereka secara terperinci,” katanya.

Dana milik negara itu berkata ia melakukan pelbagai proses penilaian yang ketat dan akan hanya menilai dan mengakses cadangan yang berwibawa dengan keupayaan dan sumber yang sudah terbukti.

“Tambahan pula, semua cadangan tidak seharusnya melibatkan perpecahan aset MAS, penting untuk fungsinya sebagai syarikat penerbangan negara,” katanya.

Secara keseluruhannya, kemajuan yang dicapai setakat ini adalah selari dengan tempoh masa khusus untuk mengembalikan MAS mencatat keuntungan berdasarkan MRP.

Turut termasuk dalam tempoh masa itu ialah penyahsenaraian MAS dan pengumuman kepimpinan syarikat baharu (NewCo) pada Disember 2014, peralihan rasmi kepada NewCo (1 Julai, 2015), NewCo mencatat keuntungan (menjelang akhir 2017) dan penyenaraian NewCo (antara 2018-2020). – BERNAMA

Tags: khazanahMAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kastam Sabah Sasar Kutip RM1.2B Cukai Di Bawah GST

Next Post

Kastam Terengganu Jejaki 498 Premis Gagal Daftar GST

Related Posts

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

PH Rugikan Negara Jual Aset Khazanah – Najib

30/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata pada Mac 2016 Khazanah Nasional di...

Next Post

Kastam Terengganu Jejaki 498 Premis Gagal Daftar GST

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd