• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancong Dipenjara Kerana Cabul Pengamal Perubatan Tradisional

oleh Ahmad Albab
05/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pelancong warganegara Bangladesh dihukum penjara 18 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencabul seorang pengamal perubatan tradisional, dua minggu lalu.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan Arifuj Jaman, 28, menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 18 Feb lepas.

Arifuj didakwa telah menyentuh punggung kanan wanita yang berusia 42 tahun itu dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di hadapan deretan kedai No. 33 Nam Guan Trading, Jalan Tun Tan Siew Sin, Dang Wangi di sini, pada pukul 12.30 tengah hari, 18 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah menyentuh punggung mangsa sebanyak dua kali ketika wanita itu sedang berjalan seorang diri di hadapan deretan kedai dan ketika berada di hadapan tempat menunggu bas.

Terdahulu, Arifuj yang diwakili peguam Ahmad Fairuz Arsyad memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk denda atas alasan tertuduh tidak sengaja melakukan perbuatan itu dan dia juga mahu segera pulang ke Bangladesh kerana pas masuk ke negara ini telah tamat.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran kerana tindakan tertuduh menyentuh mangsa mendatangkan ketakutan dan perasaan aib kepadanya. – BERNAMA

Tags: cabul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

07/11/2025
0

Seremban: Guru sekolah di Batu Kikir, Jempol, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang...

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

13/03/2025
0

TEMERLOH - Seorang lelaki mendakwa gersang kerana 13 tahun tidak bersama wanita akibat HIV positif ditahan pada Rabu selepas mencabul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd