• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pameran Dedah Hubungan Cina Islam Hainan-Pulau Pangkor

oleh Ahmad Albab
09/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pameran Cina Islam Pangkor-Sanya di Perpustakaan Negeri Perak di sini mendedahkan hubungan sejarah yang wujud antara masyarakat Cina Islam di bandar Sanya, Pulau Hainan, China dengan Pulau Pangkor.

Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) China, Dr Yusuf Liu Baojun berkata hubungan rapat yang terjalin itu menunjukkan wujudnya penempatan dan mobiliti dunia Melayu pada zaman dahulu melalui lautan, seperti kisah pengembaraan rakyat China ke serata dunia.

“Hubungan kepulauan, tidak syak lagi, mempercepatkan mobiliti manusia untuk merentas benua. Jadi, penduduk Cina di Pulau Pangkor kebanyakannya berasal dari Pulau Hainan, manakala kewujudan dua kampung yang mempunyai penduduk berketurunan Melayu di Sanya pula menunjukkan wujudnya hubungan Melayu Polynesia yang hebat ini.

“Beberapa rekod sejarah awal yang ada di China membayangkan perkara ini,” katanya kepada Bernama.

Kebanyakan orang Islam di Sanya dikatakan berketurunan Utsul, satu daripada suku Cham, yang mempunyai hubungan rapat dengan Melayu Polynesia.

Yusuf berkata pameran dari 8 hingga 22 Mac itu, yang julung kali diadakan di sini, akan membantu mempromosi pelancongan di Perak.

“Bandar Sanya adalah sebuah destinasi pelancongan antarabangsa di China, manakala Pulau Pangkor pula merupakan tempat pelancongan terkenal di Malaysia. Oleh itu, kami cuba menyemarakkan industri pelancongan Perak dengan menarik pelancong dari China,” katanya.

Yusuf berkata antara objektif pameran itu ialah untuk membantu orang ramai lebih memahami tentang Islam dan keharmonian yang wujud dalam masyarakat Malaysia yang bersifat pelbagai budaya.

“Kita hidup dalam masyarakat pelbagai kaum yang kompleks, tetapi kita percaya dialog tamadun dan kekerapan berkomunikasi boleh membantu memupuk keharmonian dan persefahaman.

“Pada pameran itu, terdapat pelbagai artifak, maklumat sejarah, syiling lama dan Khat dari China, yang kami harap dapat meningkatkan kefahaman tentang umat Islam di China,” katanya.

Pameran itu dibuka kepada orang ramai dari 9 pagi hingga 5.30 petang setiap hari dan akan dirasmikan anggota exco negeri Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi Khamis ini.

Yusuf berkata koleksi khas penerbitan masyarakat Cina Islam yang dipamerkan di Perpustakaan Negeri Perak juga akan membantu menambah pengetahuan para pengunjung.

Sejak 1992, sebanyak 15 buku karangan beliau diterbitkan di Malaysia, China dan Brunei.

Antara tajuk buku berkenaan ialah Flowing to East, Yellow River (1992), A Glance of Chinese Muslims (1998), Perkembangan Masyarakat China Muslim Di Dunia (1999), Overseas Chinese Muslims (2004), To Know Islam (1998), The World’s Chinese Muslims (2011) dan Malay Descendant Communities in China (2013). – BERNAMA

Tags: pameran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guardini Juara Peringkat Kedua, Kekal Jersi Kuning Dan Biru

Next Post

ADMM Kaji SOP Bagi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana

Related Posts

Pameran ‘Dirgahayu TYT’ Sabah Bermula Hari Ini

01/11/2018
0

KOTA KINABALU – Sempena sambutan ulang tahun Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin ke-65, Jabatan Muzium Sabah mengadakan dua segmen...

Brunei, Indonesia Sertai Pameran Songket & Keringkam 2018

22/10/2018
0

KUCHING - Peserta dan pempamer dari Brunei, Indonesia dan tuan rumah, Sarawak akan mempromosikan industri songket dan keringkam ke arena...

Next Post

ADMM Kaji SOP Bagi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd