• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palanivel Terus ‘Kunci Mulut’ Berhubung Krisis MIC

oleh Ahmad Albab
06/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel terus bertindak ‘mengunci mulut’ apabila ditanya berhubung krisis MIC yang dilihat semakin berlarutan.

Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, ketika ditemui pemberita pada majlis peletakan batu asas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ramakrishna, di sini hari ini enggan mengulas isu berkenaan sambil meminta wartawan memberi fokus pada majlis berkenaan.

“Tidak, jangan cakap mengenai semua ini (krisis MIC) kerana hanya datang ke sekolah dan kuil. Semua tempat saya buat lawatan, saya sudah beri ucapan dan luluskan kenyataan semua. Isu MIC, politik semua (saya komen) lain hari.

“Isu MIC, saya sudah bincang di Perak dan Selangor. Bila saya datang balik (Pulau Pinang) saya akan jemput lagi pemberita-pemberita semua,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata krisis parti itu boleh diselesaikan jika Palanivel bertindak atas nasihat pemimpin Barisan Nasional dengan mengikuti arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) secara konsisten.

Krisis dalaman MIC tercetus selepas ROS membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.

Dalam surat bertarikh 5 Dis 2014, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari.

Palanivel, pada 14 Feb lepas, meminta ROS menarik balik semua surat kerana mendakwa ia bercanggah dengan perlembagaan parti dan akta pertubuhan serta mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang jika ROS tidak berbuat demikian.

Sementara itu, Palanivel berkata Kementerian Pendidikan memperuntukkan sebanyak RM4.7 juta bagi membina dua blok bangunan baharu SJKT Ramakrishna itu yang akan dilengkapi dengan 24 bilik darjah, bilik Sains, bilik komputer dan beberapa kemudahan lain.

Katanya, MIC turut menyumbang sebanyak RM100,000 kepada sekolah berkenaan dan menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu meningkatkan infrastruktur sekolah itu.

– BERNAMA

Tags: MIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

04/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor menyeru Bangsa Johor tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd