• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Hambar Di Laman Sendiri, Hanya Seri Dengan Global FC

oleh Ahmad Albab
11/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pahang gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Global FC pada perlawanan kedua kumpulan G, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Darul Makmur, di sini malam ini.

Pahang menguasai perlawanan sepanjang separuh masa pertama tetapi gagal memecah kebuntuan jaringan walaupun berjaya menghasilkan beberapa percubaan bahaya ke gawang pasukan dari Filipina itu.

Gawang lawan itu terus diuji oleh pemain tuan rumah namun tandukan penyudah Zeeshan Rehman pada minit ke-53, hasil sepakan percuma Azidan Sarudin, hanya melepasi palang gol.

Skuad Tok Gajah terus mencuri tumpuan menerusi gerakan solo Fauzi Roslan pada minit ke-69 yang berjaya menembusi pertahanan lawan namun sepakan penyudah berjaya dihalang oleh penjaga gol Florencio Jr Gamba Badelic.

Serangan bertali arus Pahang pada minit ke-77 untuk mencipta gol masih menemui jalan buntu apabila hantaran Dickson Nwakaeme di hadapan gawang pelawat gagal disempurkan oleh R. Gopinathan.

Sebelum tiupan wisel penamat, perlawanan dicemari dengan kekasaran apabila pemain Global FC, Amani Manuel Santos Aguinaldo dilayangkan kad merah selepas mengasari permain import Pahang, Nwakaeme pada masa tambahan.

Pada perlawanan pertama, Pahang menang tipis 3-2 ke atas kelab Myanmar, Yadanarbon FC di Stadium Mandalar Thiri, Myanmar pada Februari lepas manakala Global FC kalah 6-1 kepada pasukan Hong Kong, South China FC.

Pahang, bimbingan Zainal Abidin Hassan, akan meneruskan kempen Piala AFC dengan menentang South China FC di Hong Kong pada 15 April ini. – BERNAMA

Tags: Piala AFC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guardini Lebar Rekod Selepas Tawan Peringkat Keempat

Next Post

Allahyarham Ayahanda Sentiasa Dalam Kenangan – Najib

Related Posts

AFC B-16: Aksi Terakhir Kumpulan A Ditangguh Esok

26/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Aksi terakhir Kumpulan A Kejohanan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 membabitkan Malaysia...

TFC 1 Intai Peluang Beraksi Di Piala AFC 2018

11/06/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pasukan Terengganu Football Club 1 (TFC 1) kini menyasarkan untuk berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik Liga...

Next Post

Allahyarham Ayahanda Sentiasa Dalam Kenangan - Najib

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd