• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Cari Mangsa AirAsia QZ8501 Ditamatkan

oleh Ahmad Albab
19/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan baki mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas tahun lalu, ditamatkan dengan 56 orang masih belum ditemui, kata pegawai.

Pesawat QZ8501 terhempas dalam cuaca buruk ketika penerbangan yang dianggap pendek iaitu dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu mengorbankan kesemua 162 orang di dalamnya.

Nahas membabitkan pesawat Airbus A320-200 di Laut Jawa itu mendapat perhatian antarabangsa dengan pembabitan kapal laut dan pesawat dari beberapa negara bagi mengesan bangkai pesawat dan mangsa.

Misi mencari dihentikan secara berperingkat dalam beberapa minggu lalu, apabila kapal laut asing menamatkan tugasan dan juga tentera Indonesia yang menyediakan sejumlah besar anggota dan peralatan.

Sehubungan itu, agensi mencari dan menyelamat awam Indonesia masih meneruskan pencarian tetapi secara kecil-kecilan dan hanya sekali-sekala menemui mayat dan bangkai pesawat.

Pengarah Operasi BASARNAS, SB Supriyadi berkata, misi mencari “berakhir sepenuhnya” semalam dan kapal yang terbabit akan pulang ke pangkalan.

“Kesemua empat kapal akan kembali ke Jakarta pagi ini (Rabu),” katanya.

Katanya, jumlah mayat mangsa yang sudah ditemui masih kekal 106 orang.

Pasukan mencari menemui tiga mayat pada Sabtu lalu di bawah sebahagian daripada bangkit pesawat.

Sementara itu, kerajaan Indonesia akan mengumumkan laporan akhir berkaitan nahas itu pada Ogos nanti. – AFP

Tags: AirAsia IndonesiaQZ8501
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRK Chempaka: Pusat Pengundian Awal Dibuka 8 Pagi

Next Post

2 Anggota Pengaman Maut Helikopter Terhempas

Related Posts

Gurauan Bawa ‘Bom’, Penerbangan Tertunda 2 Jam

23/07/2016
0

BALIK PULAU (Pulau Pinang) - Pasangan suami isteri warga Indonesia yang bergurau kononnya mempunyai bom di dalam bagasi kabin mereka,...

Nahas Trigana Air: Mayat Mangsa Ditemui Tak Sempurna

18/08/2015
0

SUSULAN tragedi sebuah pesawat milik Trigana Air yang terhempas ketika dalam perjalanan menuju Papua, usaha terkini pasukan Mencari dan Menyelamat...

Next Post

2 Anggota Pengaman Maut Helikopter Terhempas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd