Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Murid Dikesan Miliki Dadah

KOTA BHARU - Mencacatkan catatan pada draf jenayah indeks dikeluarkan polis apabila murid...

Rombakan Kabinet: Zahid Bersyukur...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersyukur dan...

MH17: Malaysia Mahu Penglibatan...

BENTONG - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia akan meminta...

Najib Ucap Selamat Berjaya...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat berjaya...

Ongkili Minta Orang Ramai Jimat Penggunaan Air

MUAR – Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengingatkan orang ramai supaya berhemat menggunakan air terutama dalam musim panas yang kini melanda negara.

Katanya mereka perlu berjimat cermat bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk sehingga bekalan air terpaksa dicatu.

Ini berikutan paras air sejumlah empangan di beberapa buah negeri kini juga dilaporkan mengalami kekurangan, katanya.

Ongkili berkata kerajaan akan terus memantau keadaan cuaca panas yang kini melanda negara dan akan mengambil langkah perlu jika keadaan semakin membimbangkan.

“Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)) akan terus memantau keadaan cuaca ketika ini dengan kerjasama kerajaan negeri. Kita akan sama-sama memberikan pandangan mengenai pengurusan air seperti jumlah yang patut dikeluarkan daripada empangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival YaHijau Pagoh 2015 yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu timbalannya Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Setiausaha Kementerian itu Datuk Loo Took Gee.


Ongkili berkata hanya Loji Rawatan Air Sembrong yang kini menghadapi masalah dan mulai esok penduduk di sekitar Kluang, Johor akan menghadapi catuan air.

“Ia bergantung kepada keadaan cuaca sama ada catuan itu hanya untuk beberapa hari sahaja (atau sebaliknya),” katanya.

Beliau berkata jika cuaca panas ini berterusan, kerajaan melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bencana yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri akan mengambil langkah sewajarnya.

Langkah lain yang akan dilakukan bagi menangani keadaan itu adalah melakukan pembenihan awan di beberapa tempat, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori