• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Selamatkan Penyu Cedera Wajar Dipuji

oleh Ahmad Albab
08/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Dua ekor penyu yang ditemui cedera oleh sekumpulan nelayan pada akhir tahun lepas, telah diserahkan ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) Rantau Abang di sini, untuk diberikan rawatan.

Ketua TUMEC, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir berkata, pihaknya menghargai usaha yang dilakukan sekumpulan nelayan berkenaan dan langkah tersebut adalah contoh terbaik kerana mereka mempunyai kesedaran melindungi haiwan terancam itu.

Katanya, kedua-dua penyu yang ditemui dalam kejadian berasingan itu, mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki pendayung hadapan kerana terperangkap di dalam pukat.

“Jarang nelayan datang serahkan penyu yang cedera kepada TUMEC. Biasanya haiwan ini dibunuh. Ini menunjukkan masih terdapat keprihatinan dalam kalangan nelayan terhadap penyu dan patut dicontohi oleh semua nelayan di negara ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Syed Abdullah yakin penyu jenis Penyu Agar (Chelonia mydas) dan Penyu Lipas (Lepidochelys olivacea) yang berumur lingkungan lima hingga enam tahun itu, berkemungkinan besar mati kelemasan dalam pukat sekiranya nelayan lambat menyelamatkan haiwan tersebut.

Beliau berkata, TUMEC kini masih memberi rawatan dan penyu terbabit akan dilepaskan semula ke laut setelah benar-benar pulih.

“Alhamdulillah, kedua-dua ekor penyu itu sekarang berada dalam keadaan baik dan stabil,” katanya.

Menurut rekod Jabatan Perikanan, beliau berkata, kadar kematian penyu di Terengganu adalah antara 30 dan 40 ekor setiap tahun dan fenomena itu amat menyedihkan. – BERNAMA

Tags: Nelayanpenyu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd