• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Ucap Tahniah Haron Din Dilantik Mursyidul Am PAS

oleh Ahmad Albab
13/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Haron Din yang dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu, menggantikan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Tahniah Ustaz Haron Din atas pelantikan sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu,” katanya dalam catatan terbaharu beliau di laman Twitternya di sini, hari ini.

Majlis Syura PAS, yang membuat keputusan itu pada mesyuarat di ibu pejabat PAS di sini pada 8 Mac lepas, turut melantik Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.

Sebelum ini, Haron yang berasal dari Bohor Mali, Kangar, Perlis, adalah Timbalan Musyidul Am PAS dan merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’).

Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Syariah dari Universiti Darul Ulum, Kaherah, Mesir, Haron bergiat aktif dalam politik sejak 1974 dan pernah beberapa kali bertanding kerusi Parlimen Arau.

Jawatan Mursyidul Am PAS kosong setelah Nik Aziz, yang juga bekas menteri besar Kelantan, meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.

– BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd