• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tiba Di China Bagi Hadiri Forum BOAO Untuk Asia

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BOAO (Hainan, China) – Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haikou Meilan, Hainan, China, hari ini untuk menghadiri Forum Boao Untuk Asia 2015 (BFA).

Ketibaan beliau disambut oleh Duta Besar Malaysia di China, Datuk Zainuddin Yahya; Konsul Jeneral Malaysia di Guangzhou, Muzambli Markam; Konsul Perdagangan Malaysia di Guangzhou, Suresh Kumar; Naib Gabenor Hainan, Lu Chunhua dan Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang.

Perdana Menteri dan delegasinya akan berlepas dari Haikou ke Boao, jaraknya kira-kira 72km, dengan kereta api laju.

Sebaik tiba di Boao, Najib akan ke Rumah Tetamu Negara dengan beliau akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden China Xi Jinping.

Mesyuarat dua hala itu adalah yang keempat bagi kedua-dua pemimpin.

Ia akan disusuli dengan majlis makan malam dianjurkan oleh Xi untuk meraikan Najib yang berada di sini untuk lawatan kerja dua hari.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, dijadual menyampaikan ucapan pada Pembukaan Sesi Pleno BFA pada Sabtu. Sesi itu akan dirasmikan oleh Xi.

Ini merupakan lawatan rasmi kelima Najib ke China selaku perdana menteri tetapi pertama kali hadir ke forum ini, yang diilhamkan selepas forum tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

BFA mempunyai alamat tetap di Boao, bandar yang terletak dekat dengan bandaraya Qionghai yang terletak di kawasan pantai utara Hainan, China.

Diadakan sejak 2002, tema BFA tahun ini adalah ‘Masa Depan Baharu Asia: Ke Arah Masyarakat Hala Tuju Bersama”.

Lawatan kerja Najib amat baik bagi hubungan Malaysia dan China kerana ia akan menyediakan peluang untuk meningkatkan dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama.

Ia juga akan berperanan sebagai platform untuk menonjolkan hala tuju dan agenda ASEAN susulan peranan penting Malaysia dalam perkumpulan serantau itu selaku pengerusi ASEAN 2015. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd