Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Hujan Lebat Di Pahang,...

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat diramalkan berlaku melibatkan beberapa kawasan...

MASOC Kerjasama Dengan SCGM...

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC) hari ini mengorak langkah dalam...

Tunku Puteri Intan Safinaz...

SINTOK - Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz...

KPM Setuju Kembalikan Sesi...

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju mengembalikan semula pembukaan sesi persekolahan kepada...

Najib Puji LIMA 2015 Sebagai Yang Terbaik Pernah Dianjurkan

LANGKAWI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa memuji edisi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA ’15) tahun ini sebagai yang terbaik sejak edisi pertama pada 1991, yang menyaksikan penyertaan pecah rekod, 512 syarikat dari 36 negara.

Ketika merasmikan pembukaan LIMA ’15, beliau berkata bilangan penyertaan kali ini mengatasi jumlah 433 syarikat yang menyertai pameran itu, dua tahun lepas.

“LIMA 2015 menyaksikan banyak yang julung kali dan dengan kepelbagaian aspek dan dimensi pameran pada tahun ini, ia merupakan LIMA terbaik yang kita pernah anjurkan,” katanya pada majlis perasmian yang diadakan di atas landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini.

Najib berkata LIMA ’15 juga mencatat sejarah berikutan kehadiran semua 10 Menteri Pertahanan ASEAN serta berlangsungnya Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang pertama kali, di Langkawi, dua hari lepas.

Perdana Menteri berkata LIMA telah melalui perjalanan yang panjang sejak julung kali diadakan pada 1991 semasa beliau menjawat jawatan menteri pertahanan dan ditugaskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menganjurkannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori