• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Pengerusi Mesyuarat Pertama Majlis Eksport Negara

oleh Ahmad Albab
06/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Eksport Negara (NEC) yang menyasarkan untuk menjadi pemangkin bagi menggerakkan eksport Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, NEC bermatlamat untuk meningkatkan eksport menerusi kemudahan yang lebih baik, termasuk meningkatkan proses, prosedur, kawal aturan dan dokumentasi untuk eksport, infrastruktur, syarat pensijilan dan logistik.

“Kerajaan menyediakan pelan tindakan yang menyeluruh bagi meningkatkan eksport negara ketika pasaran global berhadapan cabaran,” kata kenyataan itu.

Ia berkata pelan tindakan itu yang dibangunkan oleh NEC meliputi inisiatif yang akan menangani jurang dalam ekosistem eksport, meluaskan akses pasaran untuk pengeksport menerusi penghubung pasaran, pakar industri dan program promosi khusus.

Tindakan strategik ini akan dijajarkan dengan sektor sasaran lain dalam Rancangan Malaysia ke-11 dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Antara yang menghadiri mesyuarat itu ialah Ketua setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar.

NEC ditubuhkan akhir tahun lepas bagi memberi tumpuan ke atas tiga aspek utama – rangkaian eksport, logistik dan pengeluaran. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd