Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ikan Air Tawar Kini...

KANGAR - Tidak ada kurangnya memakan ikan air tawar dari segi rasa dan...

Punggung Diraba, Taylor Swift...

PENYANYI ternama dunia, Taylor Swift hanya menuntut AS$1 (RM4) daripada deejay bernama David...

Imigresen Kelantan Letak 2...

TANAH MERAH - Jabatan Imigresen Kelantan meletakkan dua tumpuan utama bagi mengatasi masalah...

Rooney Jawab Siapa Lebih...

TIADA pemain yang dapat terlepas daripada soalan cepu emas tentang siapakah bintang yang...

MP Jelutong Mahu PKR & DAP Gantung Kerjasama Dengan PAS

GEORGE TOWN – Seorang anggota Parlimen DAP hari ini meminta semua anggota pakatan pembangkang menggantung sebarang bentuk kerjasama dengan PAS buat sementara waktu sebagai tanda protes terhadap tindakan parti itu membentangkan rang undang-undang hudud di Kelantan semalam.

Menyifatkan perbuatan rakan sekutunya itu sebagai satu pengkhianatan terhadap pakatan pembangkang, anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun berkata penggantungan kerjasama itu perlu meliputi semua peringkat dan ia boleh dimulakan pada peringkat kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Saya menyeru supaya semua anggota pakatan rakyat mengambil tindakan tegas mulai hari ini dan ia harus bermula dengan Pulau Pinang. Kita perlu menggantung semua bentuk kerjasama dengan PAS di semua peringkat bermula dari peringkat kerajaan negeri termasuk perwakilan PAS di mana-mana agensi kerajaan negeri.

“Kita juga perlu menggantung wakil PAS dalam badan perhubungan antara parti dan di peringkat JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) negeri, menggantung perkhidmatan ahli majlis dalam semua pihak berkuasa tempatan dan kalau terdapat pegawai seranta bagi mana-mana ahli Exco, kesemua harus dibekukan buat sementara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob semalam membentangkan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan selepas ia ditangguhkan lebih 20 tahun lalu.


Pindaan yang dibentang dan dibahaskan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam, diluluskan hari ini.

Pindaan kanun itu menyentuh kesalahan jenayah syariah hudud, qisas dan takzir dan ia hanya terpakai untuk orang Islam yang mukallaf yang melakukan kesalahan di Kelantan.

Ooi menyifatkan perbuatan PAS itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima, sambil berkata pucuk pimpinan DAP perlu membuat keputusan mutlak berhubung tindakan PAS mengkhianati pakatan pembangkang dalam mesyuarat yang akan berlangsung Isnin depan.

Katanya sebagai satu prinsip, DAP juga tidak boleh dilihat campur tangan dalam pemilihan pimpinan PAS pada Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang akan berlangsung di Selangor, Jun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori