Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Keputusan Tangguh Piala Malaysia...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mengekalkan keputusan...

Semua Pasar Raya Perlu...

KEMAMAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menemui semua pemilik pasar...

4,782 Kes Baharu Covid-19

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu Covid-19 menurun ke bawah 5,000 kes dengan...

BN Johor Akan Memberi...

BARISAN Nasional (BN) Johor menegaskan akan memberi kerjasama sebaiknya bagi membolehkan proses perolehan...

Cuma RM400 Sebulan.. Bayaran Khidmat ‘Sugar Baby’

PETALING JAYA – Mahu memiliki ‘sugar baby?

Terima kasih kepada Internet kerana salah seorang daripada mereka boleh menjadi milik anda dengan bayaran serendah RM400.

Menerusi laman web tertentu serta iklan dalam talian, golongan lelaki kaya atau sugar daddy didapati sanggup membayar sejumlah wang kepada gadis muda untuk menemani mereka termasuk melakukan hubungan seks, yang kini menjadi perkara biasa.

Menyamar sebagai sugar daddy dan sugar mummy, wartawan The Star bertanyakan beberapa soalan secara terus dalam talian kepada beberapa gadis termasuk penuntut universiti yang menawarkan perkhidmatan itu.

Turut ditemui seorang gadis sugar baby yang menawarkan perkhidmatan serendah RM400 sebagai bayaran bulanan bagi aktiviti seks.

Malah ada di kalangan gadis-gadis itu menawarkan harga lebih tinggi.

Sebagai contoh seorang remaja perempuan yang masih belajar di tingkatan enam dari Ipoh yang dikenali sebagai Puteri, mengiklankan perkhidmatannya secara dalam talian dengan harga RM1,000 sebulan termasuk perkhidmatan seks.


Sementara itu seorang gadis berusia 23 dari sini yang sudah memberi perkhidmatan kepada beberapa orang berstatus ‘datuk’ mengenakan bayaran RM500 bagi sekali janji temu untuk makan malam.

“Ia perlu untuk gaya hidup saya. Saya perlukan pakaian dan makanan mewah.

Sugar daddy kawan saya mampu memberikannya semua itu, jadi saya juga mahukannya,” kata Puteri.

Terdapat beberapa laman web khusus yang akan memadankan antara sugar daddy dan sugar mummy dengan sugar baby.

Data dari salah satu laman web menunjukkan hampir 50 peratus daripada sugar baby adalah pelajar kolej – meningkat 20 peratus daripada  tahun 2006.

– The Star Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori