• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Meraung Besi ‘Makan’ Kaki

oleh Ahmad Albab
17/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Alor Setar – “Saya cuba memujuk supaya dia bertenang kerana bimbang keadaan menjadi lebih parah sekiranya dia terus meronta-ronta semasa kaki kanan tersepit pada besi penutup longkang,” kata Othman Saidin, saksi kejadian seorang kanak-kanak perempuan tersepit pada besi penutup longkang selama hampir sejam di di Taman Aman, dekat sini, semalam.

Othman, 58, berkata, bagaimanapun, mangsa yang berusia 10 tahun mungkin terkejut dikerumuni orang ramai menyebabkan dia terus menangis.

“Saya terus bergegas ke pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar berhampiran dengan motosikal untuk mendapatkan bantuan,” katanya di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu dipercayai berlaku apabila kanak-kanak terbabit turun dari Proton Saga dipandu datuk sebelum kaki termasuk ke dalam besi penutup longkang.

Othman berkata, dia berada di hadapan rumahnya sedang bersiap untuk meracun rumput di sawah yang terletak tidak jauh dari situ sebelum terdengar kanak-kanak itu menangis.

“Sebelum kejadian saya ternampak datuknya memberhentikan kenderaan di tepi jalan, tetapi tidak perasan ada longkang menyebabkan kaki cucunya termasuk ke dalam besi penutup longkang dan gagal dikeluarkan.

“Besi penutup longkang itu sudah lama rosak dan hanya ditutup dengan kayu sebagai tanda, tetapi tidak sangka pula kejadian itu boleh berlaku,” katanya.

Menurutnya, dia bersama anaknya, Mohd Rohizat, 26, cuba memujuk kanak-kanak itu, tetapi tidak berani menarik kaki kanannya keluar dari longkang berkenaan kerana bimbang patah.

Katanya, dia kemudian meminjam alat pemotong untuk memotong besi sementara menunggu pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.

“Kami cuba memotong besi itu, tetapi gagal apabila kanak-kanak terbabit terus meraung sehingga mencetuskan suasana panik.

“Anggota JPAM Kota Setar cuba menenangkan mangsa sebelum bomba membantu mengeluarkan kaki kanan mangsa yang masih tersepit itu,” katanya.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Mahyuddin bersama sebuah jentera bertindak memotong besi penutup longkang itu untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit.

“Mangsa dihantar ke HSB bagi mendapatkan rawatan,” katanya. – myMetro Online

 

Tags: kanak-kanakkemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd