• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menjenamakan Semula Profesion Pembantu Rumah

oleh Ahmad Albab
22/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tugas pembantu rumah atau ‘amah’ masih dilihat dari sudut negatif, walaupun ia merupakan tugas yang diperlukan ramai terutama golongan bekerja di bandar.

Pembantu rumah dianggap bertaraf rendah kerana mereka merupakan golongan kurang berpelajaran, miskin dan kebanyakannya dilakukan warga asing.

Justeru kerajaan menerusi Kementerian Pembangunana Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang berusaha untuk menjenamakan semula profesion berkenaan.

Antara langkah yang dilakukan ialah menukar istilah pembantu rumah kepada pengurus kediaman atau ‘home manager’.

Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Sabariah Hassan berkata, selain itu program pengurus kediaman yang dihentikan pada 2011 kerana masalah teknikal selepas dua tahun dilaksanakan, bakal diperkenal semula selewat-lewatnya Mei ini.

Sabariah berkata, kursus asas itu mengandungi pelbagai modul seperti aspek pembersihan rumah, pengurusan makanan, penjagaan anak serta orang kurang upaya dan penjagaan kesihatan.

Ia bakal dilaksanakan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai institusi latihan, katanya dan menambah kursus memerlukan sedikit kos.

Beliau berkata, kursus pengurus kediaman juga membolehkan pesertanya memohon kerjaya dalam bidang lain seperti pengemas bilik hotel dan pembantu Taska.

Sabariah mengulas lanjut bahawa pengurus kediaman boleh menawarkan perkhidmatan dalam pelbagai cara termasuk berkhidmat dan tinggal di rumah majikan dengan upah bulanan mengikut kadar pasaran atau memberi perkhidmatan secara mingguan atau harian.

“Mungkin ada majikan yang tidak mahu pengurus kediaman menetap di rumah mereka kerana merasa tidak selesa atau ada juga pengurus kediaman yang lebih selesa dengan berulang alik ke rumah majikan mereka,” katanya.

Sabariah juga manyarankan institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menawarkan kursus pengurus kediaman sama ada pada peringkat sijil atau diploma.

“Seperti kerja tukang masak, dahulunya orang pandang rendah, tetapi setelah IPT menawarkan kursus seperti kulinari, ia menjadi pilihan kepada ramai pelajar yang menjanjikan pendapatan lumayan kepada mereka apabila keluar dari IPT,” jelasnya. – BERNAMA

https://youtu.be/e8JjPpixsXQ

Tags: pembantu rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

12/12/2025
0

HONG KONG, 12 Dis – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan terkorban dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai...

Pembantu Rumah Cederakan 2 Beranak Direman 7 Hari

Pembantu Rumah Cederakan 2 Beranak Direman 7 Hari

12/11/2025
0

KUANTAN: Pembantu rumah yang dipercayai mencederakan dua beranak termasuk seorang daripadanya putus ibu jari tangan kiri dalam pergaduhan di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd