• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Indonesia Jangan Berat Sebelah Kes Izzah!

oleh AK-47
19/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA (Bernama) — Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri
Zahrain Mohamed Hashim meminta media Indonesia tidak membuat laporan berat
sebelah dengan memetik dakwaan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar
kononnya ditahan atas dendam politik.

Beliau menegaskan dakwaan itu tidak benar kerana Ketua Polis Negara Malaysia
Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataannya telah menjelaskan bahawa Nurul Izzah
ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan kerana membuat pelbagai
dakwaan dalam perhimpunan haram “#Kita Lawan” di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Beliau ditahan bagi membantu siasatan kerana membuat pelbagai tohmahan
terhadap badan kehakiman ketika menyertai perhimpunan haram itu dan ia tidak
ada kaitan dengan isu perbahasannya dalam Parlimen (Dewan Rakyat) seperti
dilaporkan oleh media di negara ini,” katanya dalam temu ramah dengan Akhbar
Tempo di pejabatnya di sini hari ini.

Akhbar itu menyifatkan Nurul Izzah sebagai “Ratu Reformasi Malaysia” dan
memetik dakwaan beliau kononnya telah ditahan tanpa alasan dan ia adalah satu
cara kerajaan Malaysia membalas dendam terhadapnya kerana Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak panik dengan pendedahan mengenai skandal 1MDB yang
dibuatnya dalam sidang Dewan Rakyat.

Zahrain berkata, Nurul Izzah sebenarnya ditahan bagi membantu siasatan
mengikut undang-undang negara dan beliau telah dibebaskan dengan jaminan
polis.

Beliau berkata mana-mana pihak tidak sepatutnya mempertikaikan undang-undang
sesebuah negara kerana ia adalah hak kedaulatan negara itu.

“Semua pihak harus menghormati undang-undang sesebuah negara dan media harus
membuat laporan dengan fakta yang tepat dan tidak mengelirukan mana-mana pihak,”
katanya.

Zahrain berkata, Nurul Izzah sebenarnya cuba membela ayahnya, Datuk Seri
Anwar Ibrahim dengan menyalahkan pihak kerajaan sedangkan ketua pembangkang itu
dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana disabitkan pertuduhan meliwat yang
merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang negara Malaysia.

“Di sesetengah negara mungkin meliwat tidak salah di sisi undang-undang
tetapi di Malaysia ia adalah satu kesalahan dan disebabkan itu kita tidak boleh
membuat perbandingan undang-undang antara sesebuah negara dengan negara lain,”
kata beliau. — BERNAMA

Tags: Nurul Izzah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

19/07/2023
0

Seberang Jaya : Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terus berdiam diri berhubung kedudukannya sama ada akan bertanding...

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

01/02/2023
0

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menganggap Perdana Menteri Anwar Ibrahim "malu-malu" untuk membenarkan anak perempuannya Nurul Izzah dibayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd