• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Dilarang ‘Cover’ Majlis Nikah Sharifah Sakinah

oleh AK-47
19/03/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUT sahaja empunya nama Sharifah Sakinah pastinya ramai peminat hiburan mengetahui bintang sensasi itu bakal mengakhiri zaman solonya tidak lama lagi.

Bagaimanapun, menjelang beberapa hari lagi sebelum pernikahannya Sharifah Sakinah membuat keputusan untuk tidak membenarkan sebarang liputan media dibuat pada hari dia dan bakal suami, Aliff Adha diijabkabulkan.

resize

Menurut Sakinah, dia dan pasangannya mahukan detik itu dilalui dengan tenang dalam majlis tertutup yang hanya dikongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

“Bukan kerana saya tidak mahu berkongsi dengan media dan peminat, cuma saya tidak mahu majlis tersebut jadi kelam kabut dan masa bersama keluarga serta rakan-rakan terjejas. Kalau boleh, saya mahu mereka semua berada di sisi saya dan berkongsi perasaan ketika itu.

“Saya dah pernah lalui ketika kakak saya dan rakan artis lain terlalu sibuk selepas majlis akad dengan sesi temuramah media sehingga tiada masa untuk keluarga dan rakan yang datang. Saya tidak mahulah jadi begitu kerana selepas akad nikah kami semua akan pergi makan bersama-sama,” katanya.

Dalam pada itu, Sakinah memberitahu dia tetap akan berkongsi hari bahagianya bersama pihak media pada majlis resepsi yang bertempat di sebuah dewan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada 4 April ini.

Sharifah Sakinah dan jejaka pilihan hatinya, Aliff Adha Jamil bakal disatukan pada 28 Mac ini.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Artis Kahwinsharifah sakinah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Caprice Enggan Komen Pasal Sakinah, Sibuk Tulis Saman

Caprice Enggan Komen Pasal Sakinah, Sibuk Tulis Saman

23/10/2022
0

PETALING JAYA – Penyanyi rap, Caprice enggan menuruti permintaan netizen yang memintanya untuk mengulas isu berkaitan Sharifah Sakinah dan suaminya....

“Terima Kasih Belanja” Gambar Mandi Sharifah Sakinah

11/11/2021
0

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Sharifah Sakinah telah menarik perhatian warganet selepas memuat naik satu gambar dirinya sedang berendam di dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd