• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Pahang Puas Hati Hasil Lawatan Ke Melbourne

oleh Ahmad Albab
21/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELBOURNE – Satu delegasi dari Pahang, yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan dianggotai para pegawai pendidikan negeri serta pelajar, akan pulang ke Malaysia esok setelah melakukan lawatan lapan hari ke Australia bagi mengukuhkan program eTutor (eTutor) bersama RMIT University.

Berucap pada majlis makan malam di kediaman Konsul Jeneral Malaysia Datuk Dr Mohd Rameez Yahaya, Adnan berkata beliau “sangat kagum” dengan sistem pendidikan Australia dan akan menghantar lebih banyak guru serta pelajar Pahang ke negara ini tahun depan bagi menimba pengetahuan tentang cara pembelajaran dan pengajaran di Australia.

Menurut menteri besar itu, beliau secara khusus amat kagum apabila melawat Al-Taqwa College di sini, sebuah institusi pendidikan yang mengajar tentang kesederhanaan serta ciri-ciri mulia lain yang terkandung dalam ajaran Islam, bercanggah dengan amalan negatif yang dianjurkan golongan pelampau.

Program eTutor diilhamkan SMK St Thomas, Kuantan pada Oktober 2010 apabila sekumpulan pegawai Jabatan Pendidikan Pahang mengiringi guru pakar sekolah itu, Khor Got Hun melawat RMIT University.

“Setelah mengadakan perbincangan dengan Dr Richard Johnson dari Jabatan Pendidikan RMIT, program eTutor dimulakan pada 2011, dengan mahasiswa RMIT menjadi tutor bahasa Inggeris secara dalam talian kepada para pelajar St Thomas,” kata Khor kepada Bernama.

“Antara objektif program ini ialah untuk meningkatkan kecekapan pelajar kami dalam bahasa Inggeris dan memupuk budaya pembelajaran,” katanya.

Dr Johnson menunjukkan minat mendalam terhadap program itu dan berkunjung ke Malaysia setiap tahun untuk berbincang serta meneliti kemajuan dan keberkesanan eTutor bersama para guru di St Thomas.

Pada Jun tahun lepas, RMIT menghantar lima mahasiswa jurusan pendidikan dan seorang penyelia ke St Thomas selama tiga minggu bagi menjalanai latihan amali, yang menurut Khor, memberi hasil yang sangat memuaskan.

Pengetua SMK St Thomas Asruddin Abas berkata hubungan sekolah itu dengan Al-Taqwa College juga bermula pada 2010 apabila deleagsi pendidikan Pahang melawat kolej itu.

Hubungan antara kedua-dua pihak bertambah erat apabila pengetua dan guru Al-Taqwa melawat St Thomas pada tahun berikutnya.

Lawatan dibiayai Kerajaan Pahang ini turut disertai pengetua SMK Pelindung, Kuantan, Datin Seri Junaini Kassim.

Adnan melakukan kunjungan hormat terhadap Mohd Rameez bagi menyampaikan ucapan terima kasih kerana memberi layanan baik kepada rombongan beliau. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=53Kz87Sjxgo

Tags: Adnan Yaakob
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Disaran Buka Keanggotaan Kaum Lain

07/06/2018
0

UMNO perlu mengkaji semula Perlembagaan parti dan disaran buka keanggotaan kepada kaum lain sebagai langkah transformasi untuk perkukuh kedudukan parti...

Menteri Besar Pahang Diketahui Esok

11/05/2018
0

KUANTAN - Teka-teki sama ada Datuk Seri Adnan Yaakob akan terus kekal menjadi Menteri Besar Pahang bagi penggal kelima hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd