• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Perlu Lebih Peka Tingkatkan Kelestarian Alam Sekitar

oleh Ahmad Albab
07/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu setiap lapisan masyarakat supaya lebih peka tentang tanggungjawab bersama bagi meningkatkan kelestarian alam sekitar dan sumber semula jadi.

Beliau berkata walaupun kerajaan sentiasa memberi penjelasan dan bantuan sewajarnya kepada rakyat dan masyarakat mengenai tanggungjawab menjaga alam sekitar tetapi apa yang lebih penting agar mereka sendiri menyedarinya.

“Masyarakat perlu menjadi lebih sedar, bertanggungjawab dan meningkatkan sikap yang lebih prihatin di dalam semua perkara yang dilakukan agar memberi kesan positif dan meningkatkan kelestarian alam sekitar dan semula jadi.

“Antara sumber/bahan semula jadi yang perlu kita hargai dan jaga sepenuhnya adalah air, tenaga elektrik dan udara bersih,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival YaHijau Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Timbalannya Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Setiausaha Kementerian itu Datuk Loo Took Gee.

Muhyiddin berkata di negara ini faktor-faktor seperti keadaan cuaca sama ada hujan atau panas menjadi lebih kritikal dan mula sampai ke tahap krisis.

“Situasi bencana seperti banjir di beberapa buah negeri menggambarkan situasi yang lebih membimbangkan pada masa-masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun negara hampir jarang sekali melalui situasi krisis tanpa bekalan air atau perkhidmatan bekalan elektrik yang serius sehingga menjejaskan kehidupan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata masyarakat perlu mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan air dan elektrik khususnya berdisiplin dalam menjadualkan penggunaan sumber-sumber berkenaan.

“Gaya hidup begini membantu mengurangkan kos penggunaan dan pembaziran,” katanya.

Menurutnya Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal melaporkan bahawa sisa pepejal setiap hari di negara ini adalah sebanyak 29,000 tan dan 45 peratus daripadanya merupakan sisa makanan.

“Jika sampah yang terdiri daripada sisa makanan dibiarkan bersepah dan tidak diuruskan dengan baik, ia akan menjadi tumpuan haiwan berpenyakit seperti tikus dan gagak,’ kata Muhyiddin.

Sehubungan itu, Muhyiddin berharap semua peringkat ketua masyarakat akan menyokong usaha kerajaan menjayakan konsep pengurangan pembaziran, guna semula dan kitar semula.

“Mulai September ini dimaklumkan kutipan sisa yang diasingkan akan mengikut jadual yang ditetapkan dan dijalankan sepenuhnya di negeri-negeri yang menerima pakai Akta 672,” katanya.

Beliau juga berkata penubuhan Yayasan Hijau akan dapat memberi manfaat untuk meningkatkan kesedaran berkaitan amalan hidup hijau di kalangan golongan muda dan orang ramai.

“Saya berharap YaHijau akan bekerjasama dengan Yayasan Sukarelawan Siswadi di bawah Kementerian Pendidikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kaum
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemenangan MCA Muafakat Semua Kaum – Wee Ka Siong

18/11/2019
0

KUALA LUMPUR - MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai tidak akan mencapai...

LHDN Nafi Bentang Sumbangan Cukai Ikut Kaum, Bangsa

27/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menafikan pembentangan kertas putih di Parlimen melibatkan laporan berhubung jumlah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd