• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maips, Thailand Jalin Perkongsian Pintar

oleh Ahmad Albab
17/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips) dan Majlis Agama Islam (Mai) enam Wilayah Andaman di Selatan Thai akan menjalinkan perkongsian pintar dalam pelbagai bidang demi manfaat umat Islam.

Keputusan itu dicapai melalui bengkel sempena ‘Multaqa Ummatan Wahidah’ (Pertemuan Satu Umat) antara MAIPs yang diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dengan Mai Wilayah Krabi, Ranong, Phuket, Phang Nga, Trang dan Satun di Krabi Front Bay Resort, Krabi, Sabtu lepas.

“Setelah berbincang dan bertawakal, Multaqa menyarankan resolusi untuk berkongsi kepakaran dalam hal ehwal halal dengan menyenaraikan makanan yang mendapat Sijil Halal Malaysia dan Sijil Halal Thailand.

“Makanan yang diragui status halal disenaraikan untuk dijadikan rujukan umat Islam dan digesa mempromosi dan memajukan industri halal penganutnya yang merupakan sumber kekuatan ekonomi ummah,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Dalam kenyataan di sini hari ini, baginda yang juga Yang Dipertua Maips turut mencadangkan perjumpaan khas antara MAI enam Wilayah, Maips dan pihak berkuasa agama Malaysia untuk membincangkan pelbagai isu termasuk pernikahan dari aspek pengiktirafan dan pemantapan pengurusan.

Resolusi lain ialah:

* Mencadang diwujudkan prosedur kutipan derma dan sumbangan secara komprehensif termasuk kesan aspek undang-undang (Imigresen), kesahihan, keperluan dan pengesahan pihak berkuasa kedua-dua negara.

* Dakwah perlu disemarak dan dipertingkatkan bagi memperteguh pegangan umat Islam terhadap ajaran Islam, perkongsian pintar para pendakwah, menyediakan sumber rujukan dan bahasa Melayu sebagai bahasa penghubung.

* Memandang serius terhadap kesedaran berzakat oleh umat Islam, meningkatkan kecekapan pengurusan kutipan, menambah baik agihan, menyemai kesedaran melalui pelbagai medium termasuk khutbah Jumaat, ceramah agama, media eletronik dan cetak bagi menggalak umat Islam membayar zakat.

* Menyarankan perkongsian pintar dalam usaha memantapkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan umat Islam di Nusantara terutama di enam Wilayah Andaman, mengadakan program pertukaran guru bahasa Melayu dan mewajibkan pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah Agama.

Sempena lawatan tiga hari baginda dan rombongan Maips ke Mai Wilayah Andaman Selatan sejak Jumaat lepas, pelbagai aktiviti dianjurkan antaranya kuliah maghrib di enam buah masjid, lawatan ke pusat-pusat komuniti Islam dan kayuhan basikal ‘Maips Peduli Khas’ sejauh 14 kilometer di perkampungan Krong Kap Mau, Krabi.

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Mohd Faizal Razali yang turut serta dalam program itu berkata, pendekatan ‘diplomasi Islam’ Tuanku Syed Faizuddin sebagai luar biasa.

“Kesudian baginda bertemu masyarakat Islam di sini (Thailand) yang tidak pernah dikunjungi kerabat diraja apatah lagi Raja Muda sebagai istimewa bagi mereka.

“Kunjungan ini diharap mengeratkan lagi hubungan masyarakat Islam kedua-dua negara dan membuahkan hasil yang menguntungkan umat Islam khasnya,” katanya ketika ditemui di Krabi, baru-baru ini.

Mengenai produk halal, beliau berkata terdapat kira-kira satu juta produk halal Thailand tetapi sukar memasuki pasaran global kerana sijil halal Thailand sukar diterima di peringkat antarabangsa.

“Masalah ini menyebabkan pengusaha produk halal Thailand berusaha mendapat pengiktirafan dengan memperolehi Sijil Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia),” tambahnya.

Menurut Mohd Faizal, penggunaan bahasa Melayu di Selatan Thailand pula sedang melalui era malap berikutan generasi lama yang menguasainya semakin berkurangan manakala generasi baharu kurang bertutur menggunakan bahasa Melayu. – BERNAMA

Tags: PerlisThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd