• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tempatan Disyaki Cuba Bawa Masuk Warga Asing Ditahan

oleh Ahmad Albab
26/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang lelaki tempatan dipercayai anggota sindiket pemerdagangan manusia ditahan malam tadi ketika cuba membawa masuk empat lelaki warga Bangladesh, menurut polis.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang Abdul Rahman Hassan berkata lelaki berusia 30-an itu itu ditahan dalam Ops Bersepadu Khas di Plaza Tol Sungai Dua menghala selatan di sini malam tadi.

“Lelaki itu ditahan bersama-sama empat lelaki Bangladesh dalam sebuah kereta dan dipercayai dia baru mengambil mereka di sempadan negara di Bukit Kayu Hitam, Kedah untuk dihantar kepada majikan.

“Siasatan kami mendapati mereka (sindiket) mengubah waktu aktiviti membawa warga asing dari siang kepada waktu malam dan menggunakan kenderaan persendirian bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini malam tadi.

Operasi Bersepadu Khas itu disertai 229 pegawai dan anggota daripada 12 agensi penguat kuasa antaranya Jabatan ImigresenPulau Pinang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi.

Abdul Rahman berkata turut ditahan dalam operasi dua jam bermula 8 malam itu ialah 16 pendatang tanpa izin berusia 20 hingga 30 tahun. Kesemua mereka ditahan dalam pemeriksaan ke atas lima bas ekspres yang dalam perjalanan dari utara ke selatan.

“Sembilan daripada mereka rakyat Bangladesh, lima Myanmar dan masing-masing seorang dari Thailand dan Sri Lanka. Kesemua yang ditahan itu gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua 20 pendatang tanpa izin dan lelaki tempatan yang ditahan itu dibawa ke pejabat Imigresen Seberang Jaya untuk didokumentasi sebelum dibawa ke Depoh Tahanan Juru,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPJ Pulau Pinang Datuk Hassan Yaacob berkata dalam operasi itu pihaknya memeriksa 1,127 kenderaan dan mengeluarkan 205 saman atas pelbagai kesalahan.

“Dalam operasi itu kami turut mengenakan kompaun ke atas van dari negara asing yang tidak mempunyai permit perjalanan dan pemandunya diarah membayar denda serta-merta. Sebanyak empat kenderaan dikompaun,” katanya.

Beliau berkata sejak 1 Nov tahun lepas hingga semalam, JPJ telah mengeluarkan notis advokasi cermin gelap kepada 1,661 pemilik kenderaan tentang penguatkuasaan peraturan baharu penggunaan cermin gelap yang akan dilaksanakan mulai 1 Mei. – BERNAMA

Tags: Jenayah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

Dua Lelaki Bergaduh Pegang Gergaji, Parang

17/11/2021
0

JAWA: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara bagi menghentikan perbalahan melibatkan dua penduduk di Jalan By Pass Ir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd