• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Disyaki Anggota ‘Geng 18’ Maut Ditembak Polis

oleh Ahmad Albab
06/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seorang lelaki warga tempatan disyaki anggota kumpulan gengster ‘Geng 18’ ditembak mati sepasukan polis dalam insiden berbalas tembakan di kawasan Kampung Melayu Hicom, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata dalam kejadian 8 pagi itu, sepasukan anggota Ops Cantas Khas terserempak dengan suspek yang sedang memandu dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan di sekitar sebuah sekolah rendah di Taman Sri Muda, dekat sini.

Cubaan pasukan berkenaan untuk menahan kereta yang dipandu lelaki berumur 35 tahun itu gagal apabila suspek bertindak merempuh kenderaan polis sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota terlibat.

“Di sebabkan itu, pasukan Ops Cantas Khas terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri, menyebabkan suspek memecut keretanya untuk melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kereta suspek dikejar sehingga ke Kampung Baru Hicom yang terletak lima kilometer dari tempat kejadian sebelum polis mengepung sebuah kedai besi buruk di situ, selepas mendapati kereta suspek diletak berhampiran.

Abdul Samah berkata suspek yang panik dengan kehadiran polis bertindak melepaskan tembakan ke arah pasukan itu menyebabkan berlaku sekali lagi insiden berbalas tembakan sehingga meragut nyawa suspek.

Katanya polis merampas sepucuk pistol jenis Revolver dan beberapa butir peluru yang digunakan suspek dalam insiden berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah ketika ditemui menyatakan siasatan awal mendapati suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau termasuk lima rekod membabitkan kes bunuh di sekitar Lembah Klang.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd